Hari
terkahir berada di bumi Switz akhirnya tiba jua. Kami bersiap awal, dan
memulakan perjalanan ke Morges train station seawal jam 7.30 pagi. Kami
menaiki train yg bertolak pukul 8.10 pagi ke Geneva Airport dan tiba di
sana 10 minit kemudian. Kami terpaksa berjalan ke kaunter Etihad untuk
check-in dan kami adalah penumpang pertama yang tiba di kaunter. Hehe.
Punyalah semangat nak balik. Waktu itu, pekerja kaunter masih belum
memulakan tugas dan kami hanya dipanggil untuk check-in setelah kaunter
dibuka 15 minit kemudian.
Urusan
check-in berjalan lancar. Kami ketingkat atas untuk sarapan pagi di
food court airport. Masih perlu memilih dari segi makanan kerana kami
masih berada di Switz, yg mana kebanyakan makanan di kedai adalah
non-halal. Seperti biasa, kami beli beberapa croissants beserta jus buah
untuk alas perut sebelum menaiki penerbangan ke Abu Dhabi (transit) dan
seterusnya ke M'sia. Faheem, Nuha dan Nida agak berselera juga semasa
makan tadi. Harapnya dapat bertahan sahingga dalam flight nanti. Flight
dari Geneva berlepas pukul 11.15 pagi dan tiba di Abu Dhabi pukul 7.40
mlm (waktu Abu Dhabi). Kami terpaksa berada di sini (transit) sebelum
menaiki pesawat seterusnya pulang ke M'sia yang hanya akan berlepas pada
pukul 2.30 pagi (waktu Abu Dhabi).
![]() |
| Perjalanan pulang ke tanah air. |
Alhamdulillah,
syukur kehadrat Allah SWT yang memudahkan perjalanan kami pulang ke
M'sia. Kami tiba di KLIA pada 13 hb June 2013, hampir pukul 2 petang.
Seterusnya kami menuju ke LCCT untuk menaiki pesawat pulang ke Kota
Bharu (Air-Asia) dan tiba di KB Airport lebih kurang pukul 6 ptg. Syukur
kehadrat Allah SWT kerana memudahkan segalan urusan perjalanan kami ke
sana, juga di atas kemudahan dan kesihatan diri dan keluarga sepanjang
kami berada di Switz. Ianya suatu anugerah dan nikmat yg tak terhingga.
Hanya pada-Mu kami memanjatkan kesyukuran Ya Allah.
Sememangnya,
banyak yg dipelajari sepanjang percutian kami kali ini. Ianya menjadi
sebuah pengalaman manis, dalam kehidupan kami sekeluarga. Kami berharap
pengalaman yang ditimba ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan
mematangkan kami dalam kami menjalani kehidupan di dunia ini.
Nota:
Walaupun percutian kami kali ini membawa kami ke sebuah negara yg
terkenal dengan kecantikan dan keindahan alamnya, namun jauh di sudut
hati saya ianya masih tidak dapat menandingi perasaan dan keterujaan
kami semasa berada di bumi paling barakah, Makkah dan Madinah pada tahun
2010 yang lalu. Ianya suatu keyakinan yg hakiki bahawasanya tiada
tempat di dunia ini yang setanding dengan keduaya. Rindu kian terasa,
untuk berada lagi di sana. Insya Allah.
~END~

No comments:
Post a Comment