Selesai pesawat mendarat di airport Geneva, kami terus ke kaunter
tiket keretapi. Train system disini dikenali dengan nama SBB CFF FFS.
Kami membeli tiket Swiss Flexi Pass untuk 3 dewasa. 'Flexi Pass' ini utk
4 hari perjalanan, berkmana kami boleh mengaktifkan nya pada bila-bila
dan digunakan selama 4 hari yg tidak semestinya berturut2. Pakej yg kami
ambil ialah 'family package' dimana kanak-kanak travel percuma bersama
org dewasa, tiada bayaran. Harga tiket ialah CHF 804 untuk semua org.
 |
| Dalam flight, setibanya di Geneva Airport |
Selepas itu, kami terus ke train station
yg bangunan nya bersamabung dengan airport. Pada mulanya ingatkan nak
singgah sekejap pusing2 di bandar Geneva, tapi memandangkan banyak bag2
besar yang perlu di uruskan, kami ambil keputusan untuk terus ke hotel.
Hotel penginapan ditempah di kawasan yang bernama Interlaken (bahagian
tengah negara Switz). Kami menaiki train kesana, bermakna tiket yg
dibeli terus di aktifkan pada hari pertama perjalanan.
 |
| Dari balai ketibaan ke tempat mengambil bagasi. |
Keseluruhan perjalan kami dari Geneva ke Interlaken
mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan train. Ianya perlu melalui satu
pertukaran train di Bern. Sampai di Bern lebih kurang 1 jam 50 minit
perjalanan, dengan bag yg besar (tp ada roda :)) kami bergegas ke
platform seterusnya untuk menaiki train Bern ke Interlaken. Tetiba cuaca
disini agak sejuk dan berangin. Faheem yang sebelumnya okey, tetiba
mengadu kesejukan. Mungkin terkejut dgn cuaca kut. Saya pakaikan sehelai
lagi baju, untuk mengurangkan kesejukan badan nya. Harapnya Faheem ok.
System
train SBB ni mmg tepat masa tiba dan masa berlepas train. Dan jarak
masa antara train juga tidak lama, bermakna jika terlepas pun, akan ada
train ke destinasi yang sama dalam 20 minit kemudian. Ianya satu system
integrasi pengangkutan yang cekap dan amat menepati masa. Perjalan
seterusnya, kami menuju ke Interlaken yang mengambil masa 1 jam.
 |
| Faheem yang 'terkejut' dgn cuaca yg tetiba sejuk di tempat menunggu train |
 |
| Dalam train SBB ke Interlaken. Faheem yg monyok, tetiba badan panas sket. |
Dalam perjalanan ke Interlaken, Faheem agak monyok,
dan badan pun agak panas. Rasanya terkena demam 'terkejut' dek cuaca yg
ekstrem sekejap tadi. Mujur semasa di Airport Kota Bharu, saya ada
belikan beberapa ubat utk bekalan, termasuk panadol untuk kanak2. Kalau
demam masih berterusan, nampaknya terpaksa laa bagi 1-2 biji kepada
Faheem bila dah sampai nanti, untuk kurangkan suhu badan yg agak panas.
 |
| Pemandangan indah sepanjang perjalanan ke Interlaken |
Setelah lebih kurang 3 jam perjalanan, kami akhirnya
tiba di Interlaken. Jam menunjukkan hampir pkl 12 tgh hari. Cuaca
terang, tetapi suhu agak dingin. Mungkin dalam 23-24 celcius. Keluar
sahaja dari train, angin dingin menerjah pipi. Ianya suatu perasaan yang
nyaman dan tenang. Udara dirasakan amat bersih dan segar. Kami terus ke
kaunter informasi di 'ticket ofis'. Setelah bertanya, kami dapati hotel
kami berada lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari stesen keretapi.
Memang bagus, nampaknya Leeni sudah buat 'research' yang terbaik dalam
memilih hotel untuk menginap.
 |
| Berehat
sebentar setibanya di stesen keratapi Interlaken West. Sambil mencari
info berkenaan hotel dan tempat-tempat menarik di sekitar kawasan ini. |
 |
| Jenuh juga berpusing-pusing mencari hotel. Pekan yang agak senyap, agak sunyi. |
Kami tiba di Hotel hampir pukul 12.30 tgh hari,
selepas berpusing-pusing mencari jalan dari stesen keretapi ke situ.
Disini, orang nya amat peramah. Tanya sahaja, pasti mereka
bersungguhhhhh-sungguh memberitahu kita info yang diharapkan. Nama hotel
kami, Swiss Lodge. Terletak berhampiran sungai di Interlaken West.
 |
| Hotel kami yang ada tingkap merah tu. Menarik kan? |
 |
| Tanda arah ke kaunter untuk check-in. |
Sampai di hotel, kaunter check in masih tertutup.
Terkejut juga, tapi kat tepi kaunter siap ada notis yg menyatakan
kaunter hanya kan dibuka pada pukul 3 ptg - 10 mlm, dan antara 8 pagi -
10 pagi sahaja. Aduss...ada juga style kaunter hotel buka macam nih. Nak
buat macamana. Perut dah berkeroncong, setelah menempuh perjalan yang
agak jauh, nak masuk bilik pun masih tidak berjaya. Kami putuskan untuk
pergi lunch dulu. Tapi tak sanggup untuk mengheret bag2 besar bersama.
Jadi kami bincang dgn tokey restaurant yg terletak di bawah hotel
tersebut untuk tumpang letak bag kami sementara kami pergi lunch.
Mujurlah pemilik restoran bersetuju. Jadi kami simpan semua bag kami
dalam restoran itu dan terus keluar untuk mencari makanan. Laparr
wooo....
 |
| Kedai Napoli Pizza. Ada label HALAL. Jadi makan sini jer lah. |
Dalam 10 minit bejalan, tiba di sebuah restoran org
Turki yang jual Pizza. Nampak ada label 'Halal' tampal di luar kedai.
Jadi kami pun terus sahaja masuk. Tuan kedai nampak kami jer terus bagi
salam dan mempersilakan kami duduk. Kedainya tidak besar mana, simple
sahaja. Dihujung meja belakang kami ada kumpulan warga arab yg turut
makan disitu. Kami pesan pizza sebiji dan spageti untuk Faheem. Tuan
kedai agak peramah juga. Mungkin syle orang kat sini kut, semua jenis
banyak cakap. Faheem masih 'mandom'...badanya masih panas. Saya suap dia
dgn spageti, mungkin lapar jadi banyak juga dia makan. Lepas makan,
saya suapkan panadol 2 biji (hancurkan dulu pakai air, kerana Faheem tak
pandai telan ubat biji). Mungkin kerana rasanya yg pelik, terus dia
termuntah dan keluar semua spageti yg baru dimakan tadi. Aduhh, kesian
sungguh. Katanya badanya makin sejuk. Kami percepatkan makan, dan terus
berjalan pulang ke hotel, dengan harapan 'reception' kaunter sudah
dibuka. Tiba di hotel pukul 2.30ptg, dan mujurlah kaunter sudah di buka.
Receptionist lelaki (kepala botak, Micheal namanya) mengalukan kami dan
urusan untuk mengambil kunci bilik berjalan lancar. Kami tempah 2
bilik. Mami di tingkat dua dan kami di tingkat tiga. Selesai urusan
check-in kami terus kebilik. Faheem dah meringkuk dah, panas badanya.
Kali ini saya cuba lagi untuk dia makan ubat, dimana kali ini saya
hancurkan tablet panadol tu dan masukkan dalam air oren. Mujurlah dia
minum dan rasa oren tuh barangkali meneggelamkan rasa pahit panadol,
jadi tiada muntah kali ini. Selepas itu, Faheem terus tido. Harapan moga
dia cepat recover. Mungkin terlampau letih dgn perjalanan yang panjang
& terkejut dgn cuaca yang agak ekstrim disini (sekejap sejuk,
sekejap panas).
 |
| Bersama Nuha di restoran semasa lunch. |
|
|
 |
| Dlm perjalanan kebali ke hotel selepas lunch |
Oleh kerana terlampau letih, tiba sahaja di bilik
kami semua terlelap. Perjalanan keseluruhan dari Kota Bharu ke Hotel
mengambil masa lebih kurang 26 jam. Alangkan sedapnya bila dapat baring
di katil. Huuuhh...memang hari ini kami akan stay di hotel sahaja,
merehatkan badan dan memulihkan tenaga untuk perjalanan esok hari.
Mulanya ingatkan nak jalan-jalan di bandar, tapi memandangkan Faheem pun
belum 'recover' ditambah pula dengan kaki dan belakang kami pun dah
berdenyut-denyut lenguh yang amat, jadi terus tukar plan dari nak
berjalan ke berehat sahaja. Kepala terasa 'berdengung' kerana waktu
tidur yang tidak terurus dan bertukar dari normal. Waktu ini, Switz
mengalami siang yang panjang manakala malam yang agak pendek. Ianya
waktu 'summer' yang menarik. Amat sesuai untuk melawat tempat-tempat
menarik memandangkan waktu siang yg agak panjang. Tidur dulu
laa...zzzzz...!!!
 |
| Sungai berhampiran hotel. Sungguh bersih dan indah. |
Waktu menunjukkan pukul 6.30 ptg. Saya terbangun dari
tidur. Teringat yang saya kena keluar sekejap untuk ke 'money changer'
untuk menukar duit Euro yang dibawa ke CHF untuk bayaran hotel. Ingatkan
cukup dah, tapi terilap kira yg menyebabkan tak cukup plak duit.
Masalahnya hotel ini hanya menerima bayaran tunai sahaja, itu yang leceh
sedikit. Selepas sembahnya asar, saya terus keluar dan berjalan kaki
menuju ke train station tadi. Di situ ada Money Changer. Tapi bila
sampai, kaunter sudah tutup kerana pada waktu tersebut, sudah lebih
pukul 7ptg dan kaunter hanya dibuka semula pada pukul 8 esok hari.
Aduss...nampaknya esok pagi sahajalah. Terpaksalah menebalkan muka untuk
memberitahu Michael yang saya terpaksa membut bayaran esok pagi sahaja.
Dia okey jer, luaran laaa kan. Dalaman sapa yang tahu. Nampaknya esok
memang nak kena awal-awal keluar untuk tukar duit dan settle kan
payment. Kang tak pasal-pasal kena keluar bilik pasal tak bayar, naya
wooo...
 |
| Stesen Keretapi Interlaken West |
 |
| Suasana pekan Interlaken West |
Malam itu, Faheem bangun dan
saya dapati badanya sudah okey dan tidak panas lagi. Dinner kami malam
tu ialah nasi goreng kampung - Brahim's yang direbus dalam periuk nasi
yg dibawa sendiri dari M'sia. Haha, kat mana pun pergi, nasi juga yang
dicarik. Mana bleh makan roti jer, 'menggigil' tubuh nanti. Hehe. Lepas
makan, bagi lagi ubat untuk Faheem untuk pastikan yang demam nya
benar-benar dah hilang. Lepas lepak-lepak sekejap, semua orang sambung
tido lagi. Penat masih belum hilang. Esok plak sambung. Sebelum tido
sempat bincang-bincang rancangan perjalanan esok hari. Harder Kulm
menjadi pilihan, disusuli dengan Grinderwald First. Ianya hanya
perancangan. Harap menjadi. Tak sabar rasanya untuk memulakan
penjelajahan ke tempat-tempat menarik di sini. Bersambung.
 |
| Kelihatan stesen keretapi Interlaken West |
 |
| Perjalan pulang ke hotel setelah tak berjaya menukar duit |
 |
| Melintasi anak sungai sebelum sampai ke hotel |
No comments:
Post a Comment