Hari ini merupakan hari terakhir
kami di Interlaken. Sebagaimana yg dirancang, kami bertolak ke Boat Ride
Jetty yg terletak bersebelahan dengan train station Interlaken West
untuk menaiki boat merentasi tasik Thun. Rugi jika tidak naik kerana
ianya percuma kepada pemegang tiket Swiss Flexi Pass dan kami
mengaktifkan tiket 1 hari yg berbaki tersebut hari ini. Kalau nak dikira
perjalanan untuk ke Morges agak jauh juga. Mujurlah kami tidak terus
menghabiskan kuota empat hari untuk menggunakan Flexi Pass lebih awal.
Kalau tak, mahunya 'rabak' lagi poket nak bayar tiket boat dan train
untuk perjalanan hari ini.
Seperti
kebiasaan di sini, boat tiba 10 minit sebelum waktu berlepas dari jeti,
pukul 8.10 pagi. Melihat boat tersebut, teruja juga untuk naik kerana
bentuk nya yg cantik, serba putih. Tanpe berlengah, kami menaiki bot
tersebut dan mencari tempat sesuai untuk duduk. Suasana di atas bot
tidaklah bergoyang mana, kerana alunan air tasik agak tenang sahaja.
Kami duduk di bahagian belakang (Stern) yg mana di situ ada disediakan
bangku-bangku kayu panjang sebagai tempat duduk penumpang. Aturan bangku
yg sama juga ada terdapat dibahagian hadapan (Forward) boat. Kami
menyusun bag-bag kami (yup, kali ini kami perlu bawa bersama semua
bag-bag besar tuh..huhu) di satu sudut bahagian belakang boat. Harap tak
bergolek kesana sini semasa perjalanan nanti.
 |
| Gambar sepanjang berada dalam perjalanan dalam boat. |
Seruan angin sejuk
& dingin menerjah ke pipi sebaik sahaja perjalanan bermula. Kami
menyusuri laluan tasik yg tidaklah luas, seakan terusan untuk keluar
dari jeti sebelum tiba di tasik yang lebih besar. Sepanjang perjalanan,
kam dapat melihat pelbagai pemandangan yg indah dan menarik, yang tidak
akan dapat ditatapi jika menaiki kenderaan darat. Ianya sungguh
mengujakan perasaan. Leeni duduk di bangku sambil meriba Nida yang tidur
sepanjang perjalanan dari hotel hingga lah kami menaiki boat tadi.
Barangkali, letih semalam masih belum 'recover'. Faheem dan Nuha pula
asyik kesana-sini, berlari sekitar kawasan boat. Memang nampak sangat
'excited' dengan pengalaman yg sebelum ini belum pernah mereka alami.
Lagipun, suasana cuaca yg cerah, tetapi sejuk dan pemandangan gunung
ganang di sekeliling, melengkapkan lagi sebuah perjalanan yang selesa
dan bermakna buat kami.
 |
| Suasana sepanjang perjalanan dalam boat di Tasik Thun |
Boat ini akan
singgah di beberapa buah bandar yg terletak sekitar tasik, dan
persinggahan terakhir ialah di Thun. Perjalanan mengambil masa kurang
lebih 2 jam. Kami pernah tiba di bandar Thun (dalam perjalanan pulang
dari Rhine Falls, di mana kami menukar train di sana utk ke Interlaken
West) sebelum ini, dan memang nampak jetinya hanya terletak setentang
dengan train station di sana. Jadi, kami ambil keputusan untuk turun
dari boat di satu station sebelum Thun, iaitu di bandar Spiez. Lagipun
kelihatan bandar ini sangat cantik jika di lihat dari boat. Setelah satu
setengah jam perjalanan, kami tiba di Spiez. Di sinilah pengembaraan
yang mencabar bermula. Setibanya di jeti, kami bertanya kepada penjaga
di jeti tersebut tentang lokasi train station di sini. Menurutnya, kami
perlu berjalan melalui kawasan perumahan dan akan tiba di sana kurang
lebih 15 minit. Ermm..dekat laa tu kalau 15 minit. Tapi yg kami tak
sedar ialah jalan yg akan dilalui adalah berbukit dan sebaik sahaja
memulakan perjalanan, memang terasa 'mantap' juga otot-otot kaki dan
pinggang. Tambahan lagi dengan membawa bag-bag besar yg berisi pakaian
kami. Haha, memang terkena nampaknya. Ingatkan hari ni perjalanan santai
sahaja. Rupanya sebaliknya. Mujurlah bag-bag kami mmg ada tayar, dan
Nuha saya letak sahaja atas salah sebuah bag tersebut dan tolak, jadi
tidak perlu dukung. Nida diletakkan dalam stroller, dan Faheem berjalan
kaki bersama kami sambil gilir-gilir tolak bag-bag yg lain. Haha, memang
menguji stamina. Kami jalan pun perlahan-lahan sahaja, sambil menikmati
kawasan sekitar. Mujur sepanjang laluan tersebut, kami 'di
pertontonkan' dengan pemandangan indah daripada rumah-rumah penduduk di
sini yang tersusun kemas, rapi dan kebanyakannya dihiasi dengan
bunga-bunga yg tumbuh cantik. Pekan Spiez ini juga agak sunyi dan
langsung tidak sibuk dengan trafik. Kadang-kadang ada juga terfikir ke
mana semua penduduknya pergi kerana ianya sunyi bagai baru lepas kena
serangan bom nuklear, hehe.
 |
| Kelihatan bandar Spiez di tepi tasik, dan juga salah satu bot yg menyusuri tasik ini. |
Setengah jam
kemudian, kami tiba di salah satu roundabout di pekan tersebut, dan
train station terletak tidak jauh dari situ. Memandangkan hari sudah
terik, kami berehat di situ sambil menjamu selera makan tgh hari. Kami
lepak di kawasan yg ada tempat duduk, berhadapan dengan sebuah bank.
Tapi bank ini pun, langsung tidak sibuk dan hanya kelihatan seorang dua
sahaja yg masuk ke bank tersebut. Selesai makan nasi dan minum, kami
meneruskan perjalanan ke train station. Kali ini kena mendaki lagi,
sebelum tiba di pintu masuk ke stesen. Menoleh ke belakang, kami melihat
yg kami sudah berada agak tinggi dari aras tasik atau jeti tempat kami
mula-mula sampai tadi. Fuhhh..kelegaan terserlah. akhirnya tiba juga ke
train station ni.
 |
| Gambar sepanjang pengembaraan di bandar Spiez. |
 |
| Tempat perkelahan (depan bank jer..) makan tengah hari di Spiez. |
Tiba sahaja di
train station, kami terus menaiki keretapi menuju ke bandar seterusnya,
Morges. Kurang lebih setengah jam, kami tiba di Morges. Bandar ini
terletak hampir ke sempadan Switz-France. Bila keluar sahaja dari train
station, kedengaran orang ramai yg berada di sekitar bertutur dalam
bahasa Perancis. Sebelum bertolak dari hotel, saya ada buat 'screenshot'
dari google map untuk 'walking direction' dari train station ke hotel
yang kami book di Morges ini. Tapi bila check balik, peta tu tak penuh.
Aduss, jadi terpaksalah bertanya dengan sorang pakcik yang duk melepak
kat depan pintu masuk strain station tuh. Mujurlah dia boleh berbahasa
Inggeris, dan dari arah yg ditunjukkan, hotel ini tidak jauh dari train
station. Jadi kami pun terus berjalan ke hotel, berdasarkan peta
'screenshot' saya & arah yg ditunjukkan oleh pakcik tadi.
 |
| Tiba di train station, kami berjalan dari jeti tasik di bawah sana hingga sampai ke atas. |
Hampir tiba di
kawasan hotel, kami agak pening juga kerana lorong2 disitu yg kecil dan
ada halangan 'construction' di jalan-jalan yg boleh di lalui. Mujur ada
sorang makcik yg ama membantu, dengan berjalan bersama kami menunjukkan
arah ke hotel tersebut. Tak sia-sia Leeni bertanya kepadanya tadi. Ianya
sungguh membantu. Pintu masuk ke hotel seakan-akan memasuki restoran.
Ermm...pelik juga, dan kaunter check-in nyer hanya sebesar kaunter
bayaran kedai 'mamak' di M'sia. Lepas chk-in, kami terus kebilik. Jam
menunjukkan hampir 4.30 petang. Lif untuk naik ke bilik memang kecil.
Muat-muat sorang dan 3 buah bag sahaja. Tapi bila diperhatikan, hotel
mcm baru lepas renovate bahagian dalaman. So, ok juga lah. Nampaknya
tekaan kami betul, bila masuk sahaja ke bilik, ianya bilik 3-orang yang
dihiasi dengan citarasa moden.
 |
| Bilik yang begitu selesa, mmg sesuai untuk 'landing' sebelum perjalanan pulang esok |
Kami amat berpuas
hati dengan bilik hotel ini, walau luarannya nampak biasa sahaja, tetapi
dalaman bilik memang menarik. Cuma yang lecehnya 'cerek eletrik' tidak
disediakan. Yang ada hanya 'coffee maker' saja. Takper, pandailah nanti
guna untuk dapatkan air panas nak masak meggi. Hehe, kekadang bila
keadaan terdesak, sel kreatif akan cepat trigger. Tapi buat masa
sekarang, lupakan dulu bab makan. Selesai berehat dan solat, kami keluar
semula ke pekan Morges untuk berjalan-jalan dan melihat keadaan
sekitar. Sambil itu juga, kami ambil kesempatan untuk 'shopping' barang
cenderamata untuk di bawa pulang ke M'sia. Kelakar juga bila difikirkan,
punyalah banyak hari berada di Interlaken, tapi kat sini juga kami
berjaya beli cenderamata. Walaupun mahal sedikit, tetapi di sini sahaja
masa yang ada untuk shopping. Nak kata borong tidak juga, tetapi sekadar
cukup untuk buat kenangan sebagai tanda ingatan yg kami sudah sampai di
bumi Switz ini. Selesai shopping, kami ke supermarket yg berdekatan
untuk membeli beberapa barang makanan seperti roti, chocolate, dan buah
untuk dinner nanti. Budak-budak nih sampai sahaja di pekan ni, tak
habis-habis mintak roti. Lapar barangkali. Selesai shopping sedikit
sebanyak, kami kembali semula ke hotel.
 |
| Kedai cenderamata; tokey tak pandai bertutur dlm english, bahasa perancis sahaja. |
 |
| Jalan-jalan sekitar pekan Morges |
Anak-anak masih
excited bermain dalam bilik hotel. Mami baring di katil, dan nampaknya
mcm akan tertidur sekejap nanti. Hehe. Leeni pula 'melekat' dengan Nida
yang asyik nak menyusu sahaja. Mungkin lapar dan penat kut. Hampir
maghrib, saya turun dari hotel semula dan keluar berjalan-jalan untuk
mengambil gambar di kawasan tasik berhampiran. Rupanya hotel ni hanya
terletak selang 1 deretan bangunan dengan tasik. Cantik juga kawasan
tasik ini, ada taman dan ditepi jalan terdapat kedai-kedai minum untuk
penduduk setempat berehat santai. Di sini juga, banyak bot-bot
persendirian yang berlabuh. Nampak seperti kawasan orang elit juga
kerana untuk memiliki bot rasanya bukan murah mcm basikal kan :) Saya
pusing-pusing kawasan sekitar, ambil beberapa keping gambar lagi sebelum
maghrib. Ianya suatu pemandangan yang menarik dan 'rare'. Kembali ke
hotel, perut terasa lapar. Maklumlah sudah malam. Nampaknya, masa untuk
memasak meggi dah tiba (nasi-nasi dan makanan lain yg seangkatan
denganya sudah habis semalam), lagipun itu sahaja yg ada. Pengalaman
memasak kali ini berbeza, kerana kali ini terpaksa menggunakan air panas
dari 'coffe maker'. Ianya agak perlahan dan halus, jadi memang kena
tadah lama laa sket. Tak bleh masak, hanya menggunakan teknik rendam
sahaja. Haha, lama dah tak buat camnih. Teringat masa zaman belajar di
asrama dulu. Huhu. Apapun, objektif tercapai, meggi berjaya di masak dan
cukup untuk menjamu selera pada malam itu. Suatu pengalaman manis yang
berharga bersama keluarga yg tidak dapat dilupakan. Esok, kami akan
menempuh satu lagi perjalanan yg panjang. Yess, ianya perjalanan pulang
ke M'sia.
 |
| Gambar taman di tepian tasik Morges. |
 |
| Bot-bot persendirian yang banyak terdapat di sini. |
No comments:
Post a Comment