Selesai bersarapan, kami memulakan sesi menjelajah sekitar Pulau Lagenda ini. Cuaca agak cerah dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi membawa aroma dari pantai yang berdekatan. Kami memulakan perjalanan ke tempat pertama, Padang Matsirat yang terkenal dengan kawasan bersejarah yang dinamakan 'Beras Terbakar'. Sampai sahaja di sana, tempat melawat rupanya masih belum di buka. Jam menunjukkan belum pukul 10 pagi. Haha, semangat kan, nak pergi tengok tepat ni. Kami sekadar singgah di depan pintu masuk, dan ambil gambar kemudian terus ke tempat yang berikutnya. Rupanya, kami dapat tahu yg beras yang terbakar hanya ada sedikit sahaja yg dipamerkan untuk pengunjung. Itupun dalam bekas telus cahaya untuk 'display' sahaja. Terbakar tak? Haha.
 |
| Depan pintu masuk. |
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke suatu kawasan jeti, yang berdekatan dengan stesen minyak PETRONAS. Di situ, kami sekadar berjalan-jalan di kawasan sekitar, tetapi tidak lama kerana cuaca agak panas dan peluh pun agak menitik juga laa, terutama kat anak-anak yang memang kuat berpeluh.
 |
| Kapal mewah di sekitar jeti, milik siapakah? |
 |
| Berdekatan dengan jeti, ada kawasan tinggalan meriam lama. |
 |
| Jalan-jalan di kawasan sekitar jeti. |
Destinasi seterusnya, kami menuju ke Langkawi Geopark yang terletak berhampiran dengan Oriental Village. Di sini, ada di sediakan perkhidmatan menunggang kuda untuk dewasa dan kanak-kanak.
 |
| Langkawi GEOPARK |
 |
| Terpaksa tangguh niat untuk naik kuda kerana waktu menunggu yg terlalu lama. |
 |
| Semua teruja tengok kuda |
Tetapi, hasrat untuk anak-anak menunggang kuda terpaksa di tangguh kerana waktu menunggu yg terlalu lama. Ini kerana, sekumpulan pelancong 'asia tengah' yang sampai sebelum kami, semuanya ingin naik kuda di sini. Macam lah kat negara diorang takde. Err..ke memang takde? (Kuda dlm gambar di atas, tiba-tiba terlepas dari kandang dan berlari ke sana sini. Mujurlah pada ketika itu, kami baru beredar dari pintu kandang menuju ke kereta)
Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Taman Buaya. Di sini, pelbagai spesis buaya ada di pamerkan, dan jika kena pada waktunya dapatlah menonton pertunjukkan buaya di taman ini. Lagak ngeri juga kerana ada aksi memasukkan tangan kedalam mulut buaya yang sedang ternganga. Kebetulan aksi pada kali ini adalah yang ke-50 kali memasukkan tangan ke dalam mulut buaya.
 |
| Nampak dari luar, biasa sahaja. Tetapi kawasan dalam agak luas juga dan menempatkan pelbagai spesis buaya. |
 |
| Menjelajah kawasan dalam taman buaya. |
 |
| Aksi pelatih buaya yang memasukkan tangan ke dalam mulut buaya. Silap 'timing', boleh putus tangan. |
 |
| Waktu makan buaya, sekali baling seekor ayam. Sekali telan sahaja. |
 |
| Berposing dengan buaya yang di awet. |
Kami berada di taman buaya ini hampir dua jam juga. Mana tak nya, semua tempat budak-budak nih nak pusing tengok. Maklumlah, metabolisma masing-masing masih tinggi dan tenaga masih banyak jika nak di bandingkan dengan ibu dan ayah yang bila jalan sikit jer dah semput, haha. Amat laa tidak 'fit' nak bersaing ngan anak-anak.
 |
| Hafiz Rojak di Pantai KOK |
Selesai aktiviti di Taman Buaya, kami berpatah balik kek kawasan berdekatan Petronas Quay (yang ada jeti dan kapal-kapal layar tuu!) iaitu Pantai KOK. Di sini, ada rojak terkenal yang di kenali dengan nama 'Hafiz Rojak'. Dua buah van yang bertukar menjadi gerai ini terletak betul-betul di tepi pantai. Beberapa meja di letakkan di bawah pokok, memang menyerlahkan suasana santai untuk makan. Antara makanan yang terkenal adalah rojak, nasi lemak, laksa dan lain-lain. Memang sedap, 'belasah' nasi lemak dan juga rojak, untuk mengisi perut tatkala waktu puncak kelaparan menerjah (tengah hari, hehe).
 |
| Kereta parking bawah pokok, Nuha & Nida tgh seronok tidur tgh hari. |
 |
| ROJAK : Nampak pun dah menarik, kann? |
 |
| Nasi lemak ni, Faheem habiskan dua bungkus. Katanya "sedappppp sangat". Budak-budak mmg jujur! |
 |
| Memang khusyuk amat semasa makan. |
Selesai 'lunch' di tepian pantai yang indah, kami terus singgah di salah sebuah masjid yang berdekatan untuk solat Jumaat. Saya dan Faheem pergi menunaikan kewajipan, manakala isteri dan anak-anak kecil menunggu di kereta sambil berehat. Selesai solat dan membeli sedikit barang-barang keperluan di kedai runcit yang berdekatan, kami terus menuju ke Oriental Village. Kawasan ini juga adalah tempat untuk menaiki kereta kabel yang terkenal di Langkawi tu.
 |
| Sebelum ke Oriental Village, kami singgah sekejap di Rumah Api berhampiran dengan Pantai KOK |
 |
| Posing dengan anak-anak. |
 |
| Antara bangunan terawal yg akan di jumpai bila memasuki 'Pekan Buatan' ini. |
 |
| Rezeki untuk menunggang kuda rupanya di sini. Memang teruja melihat Faheem & Nuha pertama kali menunggang kuda. |
Sementara menunggu isteri pergi solat, saya bersama anak-anak terus masuk ke kawasan kampung buatan tersebut. Kami terus sahaja menuju ke kedai yang menyediakan perkhidmatan menunggang kuda. Haha, nampaknya misi menunggang kuda akhirnya terlaksana juga hari ini.
 |
| Antara restoran yang ada dalam perkampungan ini |
 |
| Singgah seketika untuk memberi makanan kepada arnab di sini. Tiada bayaran tambahan, cuma perlu membeli 'sayur' untuk makanan arnab yang berharga RM1 seikat. |
 |
| Nida yang nampak berani, tapi penakut juga walau dengan arnab. Haha. |
 |
| Bermain-main di kawasan sekitar |
 |
| Banyak juga kedai yg menjual pakaian dan cenderamata, dan yg menarik, harganya amat berpatutan dan banyak juga yang murah. |
 |
| Agak selesa juga berjalan di kawasan sekitar kerana tidak sesak dengan pengunjung. |
Setelah selesai pusing-pusing sekitar perkampungan, kami terus ke kaunter membeli tiket untuk menaiki kereta kabel Langkawi yang 'femes' tuu. Nak juga tengok pemandangan pulau dari atas bukit yang tinggi...woooo!
 |
| Ini lah kaunter tiket, cuma pada kali ini, SKYTRAIL ditutup kerana ada penyelenggaraan :( |
 |
| Ramai juga pengunjung yg sedang menunggu giliran, termasuklah kami :) |
 |
| 'Timing' itu penting, terutama untuk masuk ke kabin kereta kabel |
 |
| Masing-masing buat muka jer bila nak amik gambar dalam kabin kereta kabel. |
 |
| Tak pasti jika Nida sudah faham apa yang dia sedang naiki. |
 |
| Seram juga bila tengok ke bawah...huhu, tinggi.... |
 |
| Tiba di atas, pekena ais krim dulu. Suasana nyaman dan segar. Suhu agak rendah berbanding dari paras laut. |
 |
| Pemandangan yang menakjubkan. Subhanallah! |
 |
| Kawasan yang ditutup sementara untuk kerja-kerja 'maintenance'. |
 |
| Gambar dari anjung tinjau |
 |
| Juga dari anjung tinjau di tingkat atas... |
Kami berada di atas kurang lebih setengah jam juga untuk menikmati pemandangan yang jarang-jarang sekali dapat di saksikan. Jadi, apabila sampai biasanya saya akan mengambil masa sedikit untuk meninjau kawasan sekitar dan mengambil gambar-gambar di 'spot-spot' yang dikira menarik pada pandangan mata. Setelah puas, kami sekali lagi menaiki kereta kabel untuk turun kembali ke bawah.
 |
| Gambar ini diambil sebelum keluar dari Oriental Village. Waktu sudah menunjukkan pukul 6 lebih. |
|
|
 |
| Kami bertolak pulang ke hotel setelah selesai urusan di Oriental Village. Ianya suatu pengalaman yang menarik. Singgah sebentar menyaksikan matahari terbenam di jalan berdekatan dengan airport. |
 |
| Berakhirnya sehari lagi di Langkawi. |
Bersambung, PART 3.