Tuesday, 10 June 2014

LANGKAWI - DAY 2

Selesai bersarapan, kami memulakan sesi menjelajah sekitar Pulau Lagenda ini. Cuaca agak cerah dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi membawa aroma dari pantai yang berdekatan. Kami memulakan perjalanan ke tempat pertama, Padang Matsirat yang terkenal dengan kawasan bersejarah yang dinamakan 'Beras Terbakar'. Sampai sahaja di sana, tempat melawat rupanya masih belum di buka. Jam menunjukkan belum pukul 10 pagi. Haha, semangat kan, nak pergi tengok tepat ni. Kami sekadar singgah di depan pintu masuk, dan ambil gambar kemudian terus ke tempat yang berikutnya. Rupanya, kami dapat tahu yg beras yang terbakar hanya ada sedikit sahaja yg dipamerkan untuk pengunjung. Itupun dalam bekas telus cahaya untuk 'display' sahaja. Terbakar tak? Haha.

Depan pintu masuk.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke suatu kawasan jeti, yang berdekatan dengan stesen minyak PETRONAS. Di situ, kami sekadar berjalan-jalan di kawasan sekitar, tetapi tidak lama kerana cuaca agak panas dan peluh pun agak menitik juga laa, terutama kat anak-anak yang memang kuat berpeluh.

Kapal mewah di sekitar jeti, milik siapakah?
Berdekatan dengan jeti, ada kawasan tinggalan meriam lama.

Jalan-jalan di kawasan sekitar jeti.
Destinasi seterusnya, kami menuju ke Langkawi Geopark yang terletak berhampiran dengan Oriental Village. Di sini, ada di sediakan perkhidmatan menunggang kuda untuk dewasa dan kanak-kanak.

Langkawi GEOPARK

Terpaksa tangguh niat untuk naik kuda kerana waktu menunggu yg terlalu lama.

Semua teruja tengok kuda
Tetapi, hasrat untuk anak-anak menunggang kuda terpaksa di tangguh kerana waktu menunggu yg terlalu lama. Ini kerana, sekumpulan pelancong 'asia tengah' yang sampai sebelum kami, semuanya ingin naik kuda di sini. Macam lah kat negara diorang takde. Err..ke memang takde? (Kuda dlm gambar di atas, tiba-tiba terlepas dari kandang dan berlari ke sana sini. Mujurlah pada ketika itu, kami baru beredar dari pintu kandang menuju ke kereta)

Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Taman Buaya. Di sini, pelbagai spesis buaya ada di pamerkan, dan jika kena pada waktunya dapatlah menonton pertunjukkan buaya di taman ini. Lagak ngeri juga kerana ada aksi memasukkan tangan kedalam mulut buaya yang sedang ternganga. Kebetulan aksi pada kali ini adalah yang ke-50 kali memasukkan tangan ke dalam mulut buaya.

Nampak dari luar, biasa sahaja. Tetapi kawasan dalam agak luas juga dan menempatkan pelbagai spesis buaya.

Menjelajah kawasan dalam taman buaya.

Aksi pelatih buaya yang memasukkan tangan ke dalam mulut buaya. Silap 'timing', boleh putus tangan.

Waktu makan buaya, sekali baling seekor ayam. Sekali telan sahaja.

Berposing dengan buaya yang di awet.
Kami berada di taman buaya ini hampir dua jam juga. Mana tak nya, semua tempat budak-budak nih nak pusing tengok. Maklumlah, metabolisma masing-masing masih tinggi dan tenaga masih banyak jika nak di bandingkan dengan ibu dan ayah yang bila jalan sikit jer dah semput, haha. Amat laa tidak 'fit' nak bersaing ngan anak-anak.

Hafiz Rojak di Pantai KOK
Selesai aktiviti di Taman Buaya, kami berpatah balik kek kawasan berdekatan Petronas Quay (yang ada jeti dan kapal-kapal layar tuu!) iaitu Pantai KOK. Di sini, ada rojak terkenal yang di kenali dengan nama 'Hafiz Rojak'. Dua buah van yang bertukar menjadi gerai ini terletak betul-betul di tepi pantai. Beberapa meja di letakkan di bawah pokok, memang menyerlahkan suasana santai untuk makan. Antara makanan yang terkenal adalah rojak, nasi lemak, laksa dan lain-lain. Memang sedap, 'belasah' nasi lemak dan juga rojak, untuk mengisi perut tatkala waktu puncak kelaparan menerjah (tengah hari, hehe).

Kereta parking bawah pokok, Nuha & Nida tgh seronok tidur tgh hari.

ROJAK : Nampak pun dah menarik, kann?

Nasi lemak ni, Faheem habiskan dua bungkus. Katanya "sedappppp sangat". Budak-budak mmg jujur!
Memang khusyuk amat semasa makan.
Selesai 'lunch' di tepian pantai yang indah, kami terus singgah di salah sebuah masjid yang berdekatan untuk solat Jumaat. Saya dan Faheem pergi menunaikan kewajipan, manakala isteri dan anak-anak kecil menunggu di kereta sambil berehat. Selesai solat dan membeli sedikit barang-barang keperluan di kedai runcit yang berdekatan, kami terus menuju ke Oriental Village. Kawasan ini juga adalah tempat untuk menaiki kereta kabel yang terkenal di Langkawi tu.

Sebelum ke Oriental Village, kami singgah sekejap di Rumah Api berhampiran dengan Pantai KOK
Posing dengan anak-anak.
Antara bangunan terawal yg akan di jumpai bila memasuki 'Pekan Buatan' ini.
Rezeki untuk menunggang kuda rupanya di sini. Memang teruja melihat Faheem & Nuha pertama kali menunggang kuda.
Sementara menunggu isteri pergi solat, saya bersama anak-anak terus masuk ke kawasan kampung buatan tersebut. Kami terus sahaja menuju ke kedai yang menyediakan perkhidmatan menunggang kuda. Haha, nampaknya misi menunggang kuda akhirnya terlaksana juga hari ini.

Antara restoran yang ada dalam perkampungan ini

Singgah seketika untuk memberi makanan kepada arnab di sini. Tiada bayaran tambahan, cuma perlu membeli 'sayur' untuk makanan arnab yang berharga RM1 seikat.

Nida yang nampak berani, tapi penakut juga walau dengan arnab. Haha.
Bermain-main di kawasan sekitar

Banyak juga kedai yg menjual pakaian dan cenderamata, dan yg menarik, harganya amat berpatutan dan banyak juga yang murah.

Agak selesa juga berjalan di kawasan sekitar kerana tidak sesak dengan pengunjung.
Setelah selesai pusing-pusing sekitar perkampungan, kami terus ke kaunter membeli tiket untuk menaiki kereta kabel Langkawi yang 'femes' tuu. Nak juga tengok pemandangan pulau dari atas bukit yang tinggi...woooo!

Ini lah kaunter tiket, cuma pada kali ini, SKYTRAIL ditutup kerana ada penyelenggaraan :(

Ramai juga pengunjung yg sedang menunggu giliran, termasuklah kami :)

'Timing' itu penting, terutama untuk masuk ke kabin kereta kabel
Masing-masing buat muka jer bila nak amik gambar dalam kabin kereta kabel.

Tak pasti jika Nida sudah faham apa yang dia sedang naiki.

Seram juga bila tengok ke bawah...huhu, tinggi....
Tiba di atas, pekena ais krim dulu. Suasana nyaman dan segar. Suhu agak rendah berbanding dari paras laut.

Pemandangan yang menakjubkan. Subhanallah!

Kawasan yang ditutup sementara untuk kerja-kerja 'maintenance'.

Gambar dari anjung tinjau

Juga dari anjung tinjau di tingkat atas...
Kami berada di atas kurang lebih setengah jam juga untuk menikmati pemandangan yang jarang-jarang sekali dapat di saksikan. Jadi, apabila sampai biasanya saya akan mengambil masa sedikit untuk meninjau kawasan sekitar dan mengambil gambar-gambar di 'spot-spot' yang dikira menarik pada pandangan mata. Setelah puas, kami sekali lagi menaiki kereta kabel untuk turun kembali ke bawah.

Gambar ini diambil sebelum keluar dari Oriental Village. Waktu sudah menunjukkan pukul 6 lebih.

Kami bertolak pulang ke hotel setelah selesai urusan di Oriental Village. Ianya suatu pengalaman yang menarik. Singgah sebentar menyaksikan matahari terbenam di jalan berdekatan dengan airport.

Berakhirnya sehari lagi di Langkawi.
Bersambung, PART 3.

Friday, 6 December 2013

Switzerland, kami datang!



Salam semua,

Switzerland, sebuah negara di Eropah yang terkenal dengan keindahan gunung ganang yang bersalji sepanjang tahun, yang bersempadan dengan Austria, Jerman, Italy, France dan  Liechtenstein. Penduduk nya bercakap dalam bahasa-bahasa negara sempadan, dan tiada bahasa khusus yg diwujudkan untuk penduduk Switzerland itu sendiri. Ibu negaranya berpusat di Bern, dan Bandar terbesar pula adalah Zurich. Antara negara yang aman dan tidak pernah terlibat dgn sebarang peperangan semenjak tahun 1815 dan juga negara yang mempunyai taraf hidup yang tinggi jika dibandingkan dengan lain-lain tempat di dunia.

Alhamdulillah, kami sekeluarga berkesempatan untuk melawat Switzerland selama seminggu baru-baru ini. Sebenarmya, sudah lama saya bercadang untuk melawat negara tersebut, dan ianya ditambah lagi bila membaca blog-blog yg memaparkan pengalaman rakyat Malaysia yg melancong ke sana dan bagaimana ianya dicoretkan dengan penuh rasa kepuasan. Tambahan lagi, pemandangan indah alam ciptaan Allah SWT di bumi Switzerland menambahkan lagi keterujaan untuk merakam pemandangan tersebut melalui kamera sendiri. Pasti menjadi suatu pengalaman yg sukar untuk dilupakan.

Penerbangan ETIHAD ke Abu Dhabi, transit 2 jam 30 minit.


Baiklah, kami bertolak dari M’sia ke Switz pada 5 June 2013 dengan menaiki pesawat Etihad ke Abu Dhabi (transit) sebelum bertolak pula ke Switz 2 setengah jam berikutnya. Sebenarnya, perjalanan bermula dari Kota Bharu lg, 2 hari selepas kenduri adik. Kami menaiki pesawat Air-Asia, yg dijadualkan berlepas pada 1530. Walaupun pesawat ‘delay’ hampir sejam (biasalah tuh, tambah murah kan..), namun kami sempat sampai di LCCT dlm pukul 1645 hrs. Setelah selesai urusan mengambil bagasi, kami terus manaiki teksi dari LCCT ker KLIA. Tambang yg dikenakan; RM50 dengan perkhidmatan yg langsung tidak mesra pelanggan. Pemandu teksi asyik duk merungut sahaja kerana kami menaiki teksi nya (perdana cabukk) dgn 3 orang dewasa (saya, wife, mami), 2 kanak-kanak (Nuha & Faheem), dan sorang bayi (Nida). Katanya sepatutnya kaunter teksi member tiket van kepada kami. Hmm..nasib laa pakcik, marah kat org jaga kaunter laa kan?...Kami janji sampai KLIA jer. 

Setibanya di KLIA, hampir pukul  ptg gitu, perkara pertama kami pergi balut bag dgn plastic kat ‘wrapper service kaunter’ dgn harga RM10 setiap bag. Kami balut sebijik jer, bag yg critical dan ada barang2 fragile (juga bekalan makanan J). Lepas itu, trus ke surau untuk sembahyang asar dan tukar duit MYR kepada USD dan juga CHF (matawang Switz). CHF dan USD exchange rate adalah lebih kurang sebenarnya. Cuma di KLIA, rate nyer agak tinggi sedikit berbanding jika ditukarkan di money changer biasa. Tapi apa bleh buat, kami tak sempat untuk tukar semasa di Kota Bharu. Bukan apa, bila pergi tempat money changer yg biasa kitaorang pergi (dekat Azam Photo kat Stesen Bas KB), kedai tu sudah pindah ker area Pantai Timur Supermarket. Pulak time tu jalan ‘jem’ yang amat, jadi terpaksa laa kansel plan.

Lepas tukar duit, terus cari kaunter Etihad, utk chk-in. Terpampang di ‘display board’ utama, kaunter Etihad berada di hujung sekali, kaunter no. 61. Kami terus kesana, dan mendapati sudah ramai penumpang yg berbaris untuk check-in. Nampaknya terpaksa juga beratur lama, tp yg menarik nya kaunter chk-in untuk Etihad Airline ni semua staff MAS Airline yg uruskan. Mungkin ada kerjasama kut, antara dua syarikat penerbangan nih. Urusan chk-in berjalan lancar, dlm pkl 07.15 mlm, semua bagasi sudah di chk-in, dan hanya tinggal hand luggage sahaja. Bagus, ringan laa sket lepas ni. Kami terus sahaja menuju ker 'departure' area untuk penerbangan antarabangsa. Ini kerana, flight kami akan berlepas pukul 8.35 mlm, dan nak kena naik train pulak tu untuk ker departure gate. Jadi baik bertolak awal. Sampai di kawasan perlepasan, kami terus ke gate pelepasan. Masa tu hampir pukul 8 mlm dah. Jadi ke surau dahulu untuk sembahyang Maghrib, jamak dgn Isyak terus kerana lepas nih akan menempuh perjalanan yg agak panjang. Mujurlah Surau hanya terletak berdekatan dengan balai berlepas kami

Penerbangan seterusnya ke Switz (Geneva Airport) mengambil masa lebih kurang 7 jam

Selesai solat, kami terus menunggu di balai berlepas. Perasaan bersemangat dan bersedia untuk menaiki penerbangan ini. Debaran pun ada juga, maklumlah sudah lama tidak ‘travel’ jauh sebegini. Faheem, Nuha & Nida semuanya masih aktif, barangkali teruja nak naik kapal terbang. Saya, Leeni dan Mami mengambil kesempatan untuk berehat seketika. Belum dampai 15 minit, kami semua telah dipanggil untuk menaiki pesawat. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Ramai juga penumpang yg bersama kami. Bermacam ragam. Pelbagai bangsa. Yup, Abu Dhabi telah menjadi ‘hub’ untuk penerbangan2 ke negara2 lain termasuk Eropah. Stroller Nida kami tinggalkan di pintu masuk pesawat, sebelum petugas pesawat membawa ke 'luggage' area. Masuk ke pesawat, kami dapati tempat duduk agak penuh, dalam 85% gitu. Nampaknya tak boleh laa nak baring berlunjur 2-3 kerusi dalam perjalanan nanti. Tapi takper, tempat duduknya agak selesa juga.  Setelah urusan semua selesai, pesawat kami berlepas ker Abu Dhabi pkl 8.40 mlm begitu. Dijadualkan tiba di sana pukul 11.30 mlm waktu Abu Dhabi (pkl 3.30 pagi M’sia) sebelum menaiki pesawat seterusnya ke Switz pukul 2.00 pagi waktu Abu Dhabi.

Tiba di Abu Dhabi airport, kami terus menuju ker departure gate seterusnya untuk ke Geneva. Dengan mata yg masih mengantuk, dan penat yg masih terasa selepas 7 jam perjalanan, kami terus meneruskan langkah. Tidak ramai penumpang yg menuju ker gate pelepasan yg sama dengan kami. Faheem masih mengantuk, jadi bila sampai sahaja di gate berlepas, terus tidur. Saya mebentangkan jaket saya sebagai alas untuknya.  Nida pula sudah nyenyak atas stroller. Pada masa ni, semua layan mengantuk sahaja sementara menunggu panggilan masuk ke pesawat seterusnya.

Selang 20 minit berikutnya, panggilan untuk masuk pesawat kedengaran di PA suara. Yup, kami akan menempuh satu lagi perjalanan yg panjang (lebih kurang 7 jam) sebelum sampai ke destinasi. Sejurus pesawat berlepas, kami terus terlelap kerana kepenatan dan masih ‘tune’ waktu Msia. Pesawat kali ini kecil sedikit, kalau tak silap, jenis 737 dan penumpang hanya 60 peratus penuh.


Tujuh jam kemudian, kami tiba di lapangan terbang Geneva pada waktu pagi, lebih kurang 8.00 pagi waktu Switz (pkl 2 ptg waktu M’sia). Perasaan teruja dan membuak pun ada kerana akhirnya tiba ke negara yang dituju. Syukur, semua ok dan anak2 pun tidak banyak kerenah sepanjang perjalanan. Cuma bila waktu tidur tak menentu, memang akan ada rengekan-rengekan kecil, biasalah, kanak2..hehe.

Day-1: Switzerland, kami datang! (continue)

Selesai pesawat mendarat di airport Geneva, kami terus ke kaunter tiket keretapi. Train system disini dikenali dengan nama SBB CFF FFS. Kami membeli tiket Swiss Flexi Pass untuk 3 dewasa. 'Flexi Pass' ini utk 4 hari perjalanan, berkmana kami boleh mengaktifkan nya pada bila-bila dan digunakan selama 4 hari yg tidak semestinya berturut2. Pakej yg kami ambil ialah 'family package' dimana kanak-kanak travel percuma bersama org dewasa, tiada bayaran. Harga tiket ialah CHF 804 untuk semua org.

Dalam flight, setibanya di Geneva Airport

Selepas itu, kami terus ke train station yg bangunan nya bersamabung dengan airport. Pada mulanya ingatkan nak singgah sekejap pusing2 di bandar Geneva, tapi memandangkan banyak bag2 besar yang perlu di uruskan, kami ambil keputusan untuk terus ke hotel. Hotel penginapan ditempah di kawasan yang bernama Interlaken (bahagian tengah negara Switz). Kami menaiki train kesana, bermakna tiket yg dibeli terus di aktifkan pada hari pertama perjalanan.

Dari balai ketibaan ke tempat mengambil bagasi.
Keseluruhan perjalan kami dari Geneva ke Interlaken mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan train. Ianya perlu melalui satu pertukaran train di Bern. Sampai di Bern lebih kurang 1 jam 50 minit perjalanan, dengan bag yg besar (tp ada roda :)) kami bergegas ke platform seterusnya untuk menaiki train Bern ke Interlaken. Tetiba cuaca disini agak sejuk dan berangin. Faheem yang sebelumnya okey, tetiba mengadu kesejukan. Mungkin terkejut dgn cuaca kut. Saya pakaikan sehelai lagi baju, untuk mengurangkan kesejukan badan nya. Harapnya Faheem ok.

System train SBB ni mmg tepat masa tiba dan masa berlepas train. Dan jarak masa antara train juga tidak lama, bermakna jika terlepas pun, akan ada train ke destinasi yang sama dalam 20 minit kemudian. Ianya satu system integrasi pengangkutan yang cekap dan amat menepati masa. Perjalan seterusnya, kami menuju ke Interlaken yang mengambil masa 1 jam.

Faheem yang 'terkejut' dgn cuaca yg tetiba sejuk di tempat menunggu train
 
Dalam train SBB ke Interlaken. Faheem yg monyok, tetiba badan panas sket.
Dalam perjalanan ke Interlaken, Faheem agak monyok, dan badan pun agak panas. Rasanya terkena demam 'terkejut' dek cuaca yg ekstrem sekejap tadi. Mujur semasa di Airport Kota Bharu, saya ada belikan beberapa ubat utk bekalan, termasuk panadol untuk kanak2. Kalau demam masih berterusan, nampaknya terpaksa laa bagi 1-2 biji kepada Faheem bila dah sampai nanti, untuk kurangkan suhu badan yg agak panas.


Pemandangan indah sepanjang perjalanan ke Interlaken
Setelah lebih kurang 3 jam perjalanan, kami akhirnya tiba di Interlaken. Jam menunjukkan hampir pkl 12 tgh hari. Cuaca terang, tetapi suhu agak dingin. Mungkin dalam 23-24 celcius. Keluar sahaja dari train, angin dingin menerjah pipi. Ianya suatu perasaan yang nyaman dan tenang. Udara dirasakan amat bersih dan segar. Kami terus ke kaunter informasi di 'ticket ofis'. Setelah bertanya, kami dapati hotel kami berada lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari stesen keretapi. Memang bagus, nampaknya Leeni sudah buat 'research' yang terbaik dalam memilih hotel untuk menginap.

Berehat sebentar setibanya di stesen keratapi Interlaken West. Sambil mencari info berkenaan hotel dan tempat-tempat menarik di sekitar kawasan ini.

Jenuh juga berpusing-pusing mencari hotel. Pekan yang agak senyap, agak sunyi.
Kami tiba di Hotel hampir pukul 12.30 tgh hari, selepas berpusing-pusing mencari jalan dari stesen keretapi ke situ. Disini, orang nya amat peramah. Tanya sahaja, pasti mereka bersungguhhhhh-sungguh memberitahu kita info yang diharapkan. Nama hotel kami, Swiss Lodge. Terletak berhampiran sungai di Interlaken West.

Hotel kami yang ada tingkap merah tu. Menarik kan?

Tanda arah ke kaunter untuk check-in.
Sampai di hotel, kaunter check in masih tertutup. Terkejut juga, tapi kat tepi kaunter siap ada notis yg menyatakan kaunter hanya kan dibuka pada pukul 3 ptg - 10 mlm, dan antara 8 pagi - 10 pagi sahaja. Aduss...ada juga style kaunter hotel buka macam nih. Nak buat macamana. Perut dah berkeroncong, setelah menempuh perjalan yang agak jauh, nak masuk bilik pun masih tidak berjaya. Kami putuskan untuk pergi lunch dulu. Tapi tak sanggup untuk mengheret bag2 besar bersama. Jadi kami bincang dgn tokey restaurant yg terletak di bawah hotel tersebut untuk tumpang letak bag kami sementara kami pergi lunch. Mujurlah pemilik restoran bersetuju. Jadi kami simpan semua bag kami dalam restoran itu dan terus keluar untuk mencari makanan. Laparr wooo....

Kedai Napoli Pizza. Ada label HALAL. Jadi makan sini jer lah.
Dalam 10 minit bejalan, tiba di sebuah restoran org Turki yang jual Pizza. Nampak ada label 'Halal' tampal di luar kedai. Jadi kami pun terus sahaja masuk. Tuan kedai nampak kami jer terus bagi salam dan mempersilakan kami duduk. Kedainya tidak besar mana, simple sahaja. Dihujung meja belakang kami ada kumpulan warga arab yg turut makan disitu. Kami pesan pizza sebiji dan spageti untuk Faheem. Tuan kedai agak peramah juga. Mungkin syle orang kat sini kut, semua jenis banyak cakap. Faheem masih 'mandom'...badanya masih panas. Saya suap dia dgn spageti, mungkin lapar jadi banyak juga dia makan. Lepas makan, saya suapkan panadol 2 biji (hancurkan dulu pakai air, kerana Faheem tak pandai telan ubat biji). Mungkin kerana rasanya yg pelik, terus dia termuntah dan keluar semua spageti yg baru dimakan tadi. Aduhh, kesian sungguh. Katanya badanya makin sejuk. Kami percepatkan makan, dan terus berjalan pulang ke hotel, dengan harapan 'reception' kaunter sudah dibuka. Tiba di hotel pukul 2.30ptg, dan mujurlah kaunter sudah di buka. Receptionist lelaki (kepala botak, Micheal namanya) mengalukan kami dan urusan untuk mengambil kunci bilik berjalan lancar. Kami tempah 2 bilik. Mami di tingkat dua dan kami di tingkat tiga. Selesai urusan check-in kami terus kebilik. Faheem dah meringkuk dah, panas badanya. Kali ini saya cuba lagi untuk dia makan ubat, dimana kali ini saya hancurkan tablet panadol tu dan masukkan dalam air oren. Mujurlah dia minum dan rasa oren tuh barangkali meneggelamkan rasa pahit panadol, jadi tiada muntah kali ini. Selepas itu, Faheem terus tido. Harapan moga dia cepat recover. Mungkin terlampau letih dgn perjalanan yang panjang & terkejut dgn cuaca yang agak ekstrim disini (sekejap sejuk, sekejap panas).

Bersama Nuha di restoran semasa lunch.

Dlm perjalanan kebali ke hotel selepas lunch
Oleh kerana terlampau letih, tiba sahaja di bilik kami semua terlelap. Perjalanan keseluruhan dari Kota Bharu ke Hotel mengambil masa lebih kurang 26 jam. Alangkan sedapnya bila dapat baring di katil. Huuuhh...memang hari ini kami akan stay di hotel sahaja, merehatkan badan dan memulihkan tenaga untuk perjalanan esok hari. Mulanya ingatkan nak jalan-jalan di bandar, tapi memandangkan Faheem pun belum 'recover' ditambah pula dengan kaki dan belakang kami pun dah berdenyut-denyut lenguh yang amat, jadi terus tukar plan dari nak berjalan ke berehat sahaja. Kepala terasa 'berdengung' kerana waktu tidur yang tidak terurus dan bertukar dari normal. Waktu ini, Switz mengalami siang yang panjang manakala malam yang agak pendek. Ianya waktu 'summer' yang menarik. Amat sesuai untuk melawat tempat-tempat menarik memandangkan waktu siang yg agak panjang. Tidur dulu laa...zzzzz...!!!

Sungai berhampiran hotel. Sungguh bersih dan indah.
Waktu menunjukkan pukul 6.30 ptg. Saya terbangun dari tidur. Teringat yang saya kena keluar sekejap untuk ke 'money changer' untuk menukar duit Euro yang dibawa ke CHF untuk bayaran hotel. Ingatkan cukup dah, tapi terilap kira yg menyebabkan tak cukup plak duit. Masalahnya hotel ini hanya menerima bayaran tunai sahaja, itu yang leceh sedikit. Selepas sembahnya asar, saya terus keluar dan berjalan kaki menuju ke train station tadi. Di situ ada Money Changer. Tapi bila sampai, kaunter sudah tutup kerana pada waktu tersebut, sudah lebih pukul 7ptg dan kaunter hanya dibuka semula pada pukul 8 esok hari. Aduss...nampaknya esok pagi sahajalah. Terpaksalah menebalkan muka untuk memberitahu Michael yang saya terpaksa membut bayaran esok pagi sahaja. Dia okey jer, luaran laaa kan. Dalaman sapa yang tahu. Nampaknya esok memang nak kena awal-awal keluar untuk tukar duit dan settle kan payment. Kang tak pasal-pasal kena keluar bilik pasal tak bayar, naya wooo...

Stesen Keretapi Interlaken West
Suasana pekan Interlaken West


Malam itu, Faheem bangun dan saya dapati badanya sudah okey dan tidak panas lagi. Dinner kami malam tu ialah nasi goreng kampung - Brahim's yang direbus dalam periuk nasi yg dibawa sendiri dari M'sia. Haha, kat mana pun pergi, nasi juga yang dicarik. Mana bleh makan roti jer, 'menggigil' tubuh nanti. Hehe. Lepas makan, bagi lagi ubat untuk Faheem untuk pastikan yang demam nya benar-benar dah hilang. Lepas lepak-lepak sekejap, semua orang sambung tido lagi. Penat masih belum hilang. Esok plak sambung. Sebelum tido sempat bincang-bincang rancangan perjalanan esok hari. Harder Kulm menjadi pilihan, disusuli dengan Grinderwald First. Ianya hanya perancangan. Harap menjadi. Tak sabar rasanya untuk memulakan penjelajahan ke tempat-tempat menarik di sini. Bersambung.

Kelihatan stesen keretapi Interlaken West

Perjalan pulang ke hotel setelah tak berjaya menukar duit

Melintasi anak sungai sebelum sampai ke hotel