Friday, 6 December 2013

Switzerland, kami datang!



Salam semua,

Switzerland, sebuah negara di Eropah yang terkenal dengan keindahan gunung ganang yang bersalji sepanjang tahun, yang bersempadan dengan Austria, Jerman, Italy, France dan  Liechtenstein. Penduduk nya bercakap dalam bahasa-bahasa negara sempadan, dan tiada bahasa khusus yg diwujudkan untuk penduduk Switzerland itu sendiri. Ibu negaranya berpusat di Bern, dan Bandar terbesar pula adalah Zurich. Antara negara yang aman dan tidak pernah terlibat dgn sebarang peperangan semenjak tahun 1815 dan juga negara yang mempunyai taraf hidup yang tinggi jika dibandingkan dengan lain-lain tempat di dunia.

Alhamdulillah, kami sekeluarga berkesempatan untuk melawat Switzerland selama seminggu baru-baru ini. Sebenarmya, sudah lama saya bercadang untuk melawat negara tersebut, dan ianya ditambah lagi bila membaca blog-blog yg memaparkan pengalaman rakyat Malaysia yg melancong ke sana dan bagaimana ianya dicoretkan dengan penuh rasa kepuasan. Tambahan lagi, pemandangan indah alam ciptaan Allah SWT di bumi Switzerland menambahkan lagi keterujaan untuk merakam pemandangan tersebut melalui kamera sendiri. Pasti menjadi suatu pengalaman yg sukar untuk dilupakan.

Penerbangan ETIHAD ke Abu Dhabi, transit 2 jam 30 minit.


Baiklah, kami bertolak dari M’sia ke Switz pada 5 June 2013 dengan menaiki pesawat Etihad ke Abu Dhabi (transit) sebelum bertolak pula ke Switz 2 setengah jam berikutnya. Sebenarnya, perjalanan bermula dari Kota Bharu lg, 2 hari selepas kenduri adik. Kami menaiki pesawat Air-Asia, yg dijadualkan berlepas pada 1530. Walaupun pesawat ‘delay’ hampir sejam (biasalah tuh, tambah murah kan..), namun kami sempat sampai di LCCT dlm pukul 1645 hrs. Setelah selesai urusan mengambil bagasi, kami terus manaiki teksi dari LCCT ker KLIA. Tambang yg dikenakan; RM50 dengan perkhidmatan yg langsung tidak mesra pelanggan. Pemandu teksi asyik duk merungut sahaja kerana kami menaiki teksi nya (perdana cabukk) dgn 3 orang dewasa (saya, wife, mami), 2 kanak-kanak (Nuha & Faheem), dan sorang bayi (Nida). Katanya sepatutnya kaunter teksi member tiket van kepada kami. Hmm..nasib laa pakcik, marah kat org jaga kaunter laa kan?...Kami janji sampai KLIA jer. 

Setibanya di KLIA, hampir pukul  ptg gitu, perkara pertama kami pergi balut bag dgn plastic kat ‘wrapper service kaunter’ dgn harga RM10 setiap bag. Kami balut sebijik jer, bag yg critical dan ada barang2 fragile (juga bekalan makanan J). Lepas itu, trus ke surau untuk sembahyang asar dan tukar duit MYR kepada USD dan juga CHF (matawang Switz). CHF dan USD exchange rate adalah lebih kurang sebenarnya. Cuma di KLIA, rate nyer agak tinggi sedikit berbanding jika ditukarkan di money changer biasa. Tapi apa bleh buat, kami tak sempat untuk tukar semasa di Kota Bharu. Bukan apa, bila pergi tempat money changer yg biasa kitaorang pergi (dekat Azam Photo kat Stesen Bas KB), kedai tu sudah pindah ker area Pantai Timur Supermarket. Pulak time tu jalan ‘jem’ yang amat, jadi terpaksa laa kansel plan.

Lepas tukar duit, terus cari kaunter Etihad, utk chk-in. Terpampang di ‘display board’ utama, kaunter Etihad berada di hujung sekali, kaunter no. 61. Kami terus kesana, dan mendapati sudah ramai penumpang yg berbaris untuk check-in. Nampaknya terpaksa juga beratur lama, tp yg menarik nya kaunter chk-in untuk Etihad Airline ni semua staff MAS Airline yg uruskan. Mungkin ada kerjasama kut, antara dua syarikat penerbangan nih. Urusan chk-in berjalan lancar, dlm pkl 07.15 mlm, semua bagasi sudah di chk-in, dan hanya tinggal hand luggage sahaja. Bagus, ringan laa sket lepas ni. Kami terus sahaja menuju ker 'departure' area untuk penerbangan antarabangsa. Ini kerana, flight kami akan berlepas pukul 8.35 mlm, dan nak kena naik train pulak tu untuk ker departure gate. Jadi baik bertolak awal. Sampai di kawasan perlepasan, kami terus ke gate pelepasan. Masa tu hampir pukul 8 mlm dah. Jadi ke surau dahulu untuk sembahyang Maghrib, jamak dgn Isyak terus kerana lepas nih akan menempuh perjalanan yg agak panjang. Mujurlah Surau hanya terletak berdekatan dengan balai berlepas kami

Penerbangan seterusnya ke Switz (Geneva Airport) mengambil masa lebih kurang 7 jam

Selesai solat, kami terus menunggu di balai berlepas. Perasaan bersemangat dan bersedia untuk menaiki penerbangan ini. Debaran pun ada juga, maklumlah sudah lama tidak ‘travel’ jauh sebegini. Faheem, Nuha & Nida semuanya masih aktif, barangkali teruja nak naik kapal terbang. Saya, Leeni dan Mami mengambil kesempatan untuk berehat seketika. Belum dampai 15 minit, kami semua telah dipanggil untuk menaiki pesawat. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Ramai juga penumpang yg bersama kami. Bermacam ragam. Pelbagai bangsa. Yup, Abu Dhabi telah menjadi ‘hub’ untuk penerbangan2 ke negara2 lain termasuk Eropah. Stroller Nida kami tinggalkan di pintu masuk pesawat, sebelum petugas pesawat membawa ke 'luggage' area. Masuk ke pesawat, kami dapati tempat duduk agak penuh, dalam 85% gitu. Nampaknya tak boleh laa nak baring berlunjur 2-3 kerusi dalam perjalanan nanti. Tapi takper, tempat duduknya agak selesa juga.  Setelah urusan semua selesai, pesawat kami berlepas ker Abu Dhabi pkl 8.40 mlm begitu. Dijadualkan tiba di sana pukul 11.30 mlm waktu Abu Dhabi (pkl 3.30 pagi M’sia) sebelum menaiki pesawat seterusnya ke Switz pukul 2.00 pagi waktu Abu Dhabi.

Tiba di Abu Dhabi airport, kami terus menuju ker departure gate seterusnya untuk ke Geneva. Dengan mata yg masih mengantuk, dan penat yg masih terasa selepas 7 jam perjalanan, kami terus meneruskan langkah. Tidak ramai penumpang yg menuju ker gate pelepasan yg sama dengan kami. Faheem masih mengantuk, jadi bila sampai sahaja di gate berlepas, terus tidur. Saya mebentangkan jaket saya sebagai alas untuknya.  Nida pula sudah nyenyak atas stroller. Pada masa ni, semua layan mengantuk sahaja sementara menunggu panggilan masuk ke pesawat seterusnya.

Selang 20 minit berikutnya, panggilan untuk masuk pesawat kedengaran di PA suara. Yup, kami akan menempuh satu lagi perjalanan yg panjang (lebih kurang 7 jam) sebelum sampai ke destinasi. Sejurus pesawat berlepas, kami terus terlelap kerana kepenatan dan masih ‘tune’ waktu Msia. Pesawat kali ini kecil sedikit, kalau tak silap, jenis 737 dan penumpang hanya 60 peratus penuh.


Tujuh jam kemudian, kami tiba di lapangan terbang Geneva pada waktu pagi, lebih kurang 8.00 pagi waktu Switz (pkl 2 ptg waktu M’sia). Perasaan teruja dan membuak pun ada kerana akhirnya tiba ke negara yang dituju. Syukur, semua ok dan anak2 pun tidak banyak kerenah sepanjang perjalanan. Cuma bila waktu tidur tak menentu, memang akan ada rengekan-rengekan kecil, biasalah, kanak2..hehe.

Day-1: Switzerland, kami datang! (continue)

Selesai pesawat mendarat di airport Geneva, kami terus ke kaunter tiket keretapi. Train system disini dikenali dengan nama SBB CFF FFS. Kami membeli tiket Swiss Flexi Pass untuk 3 dewasa. 'Flexi Pass' ini utk 4 hari perjalanan, berkmana kami boleh mengaktifkan nya pada bila-bila dan digunakan selama 4 hari yg tidak semestinya berturut2. Pakej yg kami ambil ialah 'family package' dimana kanak-kanak travel percuma bersama org dewasa, tiada bayaran. Harga tiket ialah CHF 804 untuk semua org.

Dalam flight, setibanya di Geneva Airport

Selepas itu, kami terus ke train station yg bangunan nya bersamabung dengan airport. Pada mulanya ingatkan nak singgah sekejap pusing2 di bandar Geneva, tapi memandangkan banyak bag2 besar yang perlu di uruskan, kami ambil keputusan untuk terus ke hotel. Hotel penginapan ditempah di kawasan yang bernama Interlaken (bahagian tengah negara Switz). Kami menaiki train kesana, bermakna tiket yg dibeli terus di aktifkan pada hari pertama perjalanan.

Dari balai ketibaan ke tempat mengambil bagasi.
Keseluruhan perjalan kami dari Geneva ke Interlaken mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan train. Ianya perlu melalui satu pertukaran train di Bern. Sampai di Bern lebih kurang 1 jam 50 minit perjalanan, dengan bag yg besar (tp ada roda :)) kami bergegas ke platform seterusnya untuk menaiki train Bern ke Interlaken. Tetiba cuaca disini agak sejuk dan berangin. Faheem yang sebelumnya okey, tetiba mengadu kesejukan. Mungkin terkejut dgn cuaca kut. Saya pakaikan sehelai lagi baju, untuk mengurangkan kesejukan badan nya. Harapnya Faheem ok.

System train SBB ni mmg tepat masa tiba dan masa berlepas train. Dan jarak masa antara train juga tidak lama, bermakna jika terlepas pun, akan ada train ke destinasi yang sama dalam 20 minit kemudian. Ianya satu system integrasi pengangkutan yang cekap dan amat menepati masa. Perjalan seterusnya, kami menuju ke Interlaken yang mengambil masa 1 jam.

Faheem yang 'terkejut' dgn cuaca yg tetiba sejuk di tempat menunggu train
 
Dalam train SBB ke Interlaken. Faheem yg monyok, tetiba badan panas sket.
Dalam perjalanan ke Interlaken, Faheem agak monyok, dan badan pun agak panas. Rasanya terkena demam 'terkejut' dek cuaca yg ekstrem sekejap tadi. Mujur semasa di Airport Kota Bharu, saya ada belikan beberapa ubat utk bekalan, termasuk panadol untuk kanak2. Kalau demam masih berterusan, nampaknya terpaksa laa bagi 1-2 biji kepada Faheem bila dah sampai nanti, untuk kurangkan suhu badan yg agak panas.


Pemandangan indah sepanjang perjalanan ke Interlaken
Setelah lebih kurang 3 jam perjalanan, kami akhirnya tiba di Interlaken. Jam menunjukkan hampir pkl 12 tgh hari. Cuaca terang, tetapi suhu agak dingin. Mungkin dalam 23-24 celcius. Keluar sahaja dari train, angin dingin menerjah pipi. Ianya suatu perasaan yang nyaman dan tenang. Udara dirasakan amat bersih dan segar. Kami terus ke kaunter informasi di 'ticket ofis'. Setelah bertanya, kami dapati hotel kami berada lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari stesen keretapi. Memang bagus, nampaknya Leeni sudah buat 'research' yang terbaik dalam memilih hotel untuk menginap.

Berehat sebentar setibanya di stesen keratapi Interlaken West. Sambil mencari info berkenaan hotel dan tempat-tempat menarik di sekitar kawasan ini.

Jenuh juga berpusing-pusing mencari hotel. Pekan yang agak senyap, agak sunyi.
Kami tiba di Hotel hampir pukul 12.30 tgh hari, selepas berpusing-pusing mencari jalan dari stesen keretapi ke situ. Disini, orang nya amat peramah. Tanya sahaja, pasti mereka bersungguhhhhh-sungguh memberitahu kita info yang diharapkan. Nama hotel kami, Swiss Lodge. Terletak berhampiran sungai di Interlaken West.

Hotel kami yang ada tingkap merah tu. Menarik kan?

Tanda arah ke kaunter untuk check-in.
Sampai di hotel, kaunter check in masih tertutup. Terkejut juga, tapi kat tepi kaunter siap ada notis yg menyatakan kaunter hanya kan dibuka pada pukul 3 ptg - 10 mlm, dan antara 8 pagi - 10 pagi sahaja. Aduss...ada juga style kaunter hotel buka macam nih. Nak buat macamana. Perut dah berkeroncong, setelah menempuh perjalan yang agak jauh, nak masuk bilik pun masih tidak berjaya. Kami putuskan untuk pergi lunch dulu. Tapi tak sanggup untuk mengheret bag2 besar bersama. Jadi kami bincang dgn tokey restaurant yg terletak di bawah hotel tersebut untuk tumpang letak bag kami sementara kami pergi lunch. Mujurlah pemilik restoran bersetuju. Jadi kami simpan semua bag kami dalam restoran itu dan terus keluar untuk mencari makanan. Laparr wooo....

Kedai Napoli Pizza. Ada label HALAL. Jadi makan sini jer lah.
Dalam 10 minit bejalan, tiba di sebuah restoran org Turki yang jual Pizza. Nampak ada label 'Halal' tampal di luar kedai. Jadi kami pun terus sahaja masuk. Tuan kedai nampak kami jer terus bagi salam dan mempersilakan kami duduk. Kedainya tidak besar mana, simple sahaja. Dihujung meja belakang kami ada kumpulan warga arab yg turut makan disitu. Kami pesan pizza sebiji dan spageti untuk Faheem. Tuan kedai agak peramah juga. Mungkin syle orang kat sini kut, semua jenis banyak cakap. Faheem masih 'mandom'...badanya masih panas. Saya suap dia dgn spageti, mungkin lapar jadi banyak juga dia makan. Lepas makan, saya suapkan panadol 2 biji (hancurkan dulu pakai air, kerana Faheem tak pandai telan ubat biji). Mungkin kerana rasanya yg pelik, terus dia termuntah dan keluar semua spageti yg baru dimakan tadi. Aduhh, kesian sungguh. Katanya badanya makin sejuk. Kami percepatkan makan, dan terus berjalan pulang ke hotel, dengan harapan 'reception' kaunter sudah dibuka. Tiba di hotel pukul 2.30ptg, dan mujurlah kaunter sudah di buka. Receptionist lelaki (kepala botak, Micheal namanya) mengalukan kami dan urusan untuk mengambil kunci bilik berjalan lancar. Kami tempah 2 bilik. Mami di tingkat dua dan kami di tingkat tiga. Selesai urusan check-in kami terus kebilik. Faheem dah meringkuk dah, panas badanya. Kali ini saya cuba lagi untuk dia makan ubat, dimana kali ini saya hancurkan tablet panadol tu dan masukkan dalam air oren. Mujurlah dia minum dan rasa oren tuh barangkali meneggelamkan rasa pahit panadol, jadi tiada muntah kali ini. Selepas itu, Faheem terus tido. Harapan moga dia cepat recover. Mungkin terlampau letih dgn perjalanan yang panjang & terkejut dgn cuaca yang agak ekstrim disini (sekejap sejuk, sekejap panas).

Bersama Nuha di restoran semasa lunch.

Dlm perjalanan kebali ke hotel selepas lunch
Oleh kerana terlampau letih, tiba sahaja di bilik kami semua terlelap. Perjalanan keseluruhan dari Kota Bharu ke Hotel mengambil masa lebih kurang 26 jam. Alangkan sedapnya bila dapat baring di katil. Huuuhh...memang hari ini kami akan stay di hotel sahaja, merehatkan badan dan memulihkan tenaga untuk perjalanan esok hari. Mulanya ingatkan nak jalan-jalan di bandar, tapi memandangkan Faheem pun belum 'recover' ditambah pula dengan kaki dan belakang kami pun dah berdenyut-denyut lenguh yang amat, jadi terus tukar plan dari nak berjalan ke berehat sahaja. Kepala terasa 'berdengung' kerana waktu tidur yang tidak terurus dan bertukar dari normal. Waktu ini, Switz mengalami siang yang panjang manakala malam yang agak pendek. Ianya waktu 'summer' yang menarik. Amat sesuai untuk melawat tempat-tempat menarik memandangkan waktu siang yg agak panjang. Tidur dulu laa...zzzzz...!!!

Sungai berhampiran hotel. Sungguh bersih dan indah.
Waktu menunjukkan pukul 6.30 ptg. Saya terbangun dari tidur. Teringat yang saya kena keluar sekejap untuk ke 'money changer' untuk menukar duit Euro yang dibawa ke CHF untuk bayaran hotel. Ingatkan cukup dah, tapi terilap kira yg menyebabkan tak cukup plak duit. Masalahnya hotel ini hanya menerima bayaran tunai sahaja, itu yang leceh sedikit. Selepas sembahnya asar, saya terus keluar dan berjalan kaki menuju ke train station tadi. Di situ ada Money Changer. Tapi bila sampai, kaunter sudah tutup kerana pada waktu tersebut, sudah lebih pukul 7ptg dan kaunter hanya dibuka semula pada pukul 8 esok hari. Aduss...nampaknya esok pagi sahajalah. Terpaksalah menebalkan muka untuk memberitahu Michael yang saya terpaksa membut bayaran esok pagi sahaja. Dia okey jer, luaran laaa kan. Dalaman sapa yang tahu. Nampaknya esok memang nak kena awal-awal keluar untuk tukar duit dan settle kan payment. Kang tak pasal-pasal kena keluar bilik pasal tak bayar, naya wooo...

Stesen Keretapi Interlaken West
Suasana pekan Interlaken West


Malam itu, Faheem bangun dan saya dapati badanya sudah okey dan tidak panas lagi. Dinner kami malam tu ialah nasi goreng kampung - Brahim's yang direbus dalam periuk nasi yg dibawa sendiri dari M'sia. Haha, kat mana pun pergi, nasi juga yang dicarik. Mana bleh makan roti jer, 'menggigil' tubuh nanti. Hehe. Lepas makan, bagi lagi ubat untuk Faheem untuk pastikan yang demam nya benar-benar dah hilang. Lepas lepak-lepak sekejap, semua orang sambung tido lagi. Penat masih belum hilang. Esok plak sambung. Sebelum tido sempat bincang-bincang rancangan perjalanan esok hari. Harder Kulm menjadi pilihan, disusuli dengan Grinderwald First. Ianya hanya perancangan. Harap menjadi. Tak sabar rasanya untuk memulakan penjelajahan ke tempat-tempat menarik di sini. Bersambung.

Kelihatan stesen keretapi Interlaken West

Perjalan pulang ke hotel setelah tak berjaya menukar duit

Melintasi anak sungai sebelum sampai ke hotel


Day-2: Switzerland (Harder Kulm + Grindelwald First)

Jam menunjukkan waktu 4.00 pagi. Waktu untuk bangun, berwuduk dan solat subuh. Di sini, subuh masuk seawal pukul 2.58 pagi dan waktu syuruk pula lebih kurang pukul 5.40 pagi. Ianya sesuatu yg janggal, dan bukan senang untuk 'tune' waktu tidur dan pada masa yg sama mengejar waktu solat yg amat 'pendek' waktunya terutama waktu malam.

Usai solat, saya sempat buka internet untuk mencari beberapa maklumat tentang perjalanan untuk ker Harder Kulm pagi nanti. Ahh, nampak mcm dekat sahaja dari hotel tempat kami menginap. Baiklah, esok misi bejalan kaki sahajalah. Jenguk anak-anak yang masih lena tidur. Faheem tido di bawah, beralaskan selimut tebal yang di 'kidnap' dari bilik mami. Asalnya untuk sebuah lg katil di bilik mami, tapi since mami duduk seorang sahaja, jadi kami pun terus angkut apa2 yang perlu ke bilik kami. Hehe.

Lebih kurang jam 6 pagi, semua sudah bangun. Nak mandikan pula dan siapkan anak-anak (pakai pakaian beberapa lapis) memang tugas yg mencabar. Tapi saya serahkan sahaja kepada yang pakar, Leeni. Saya tolong-tolong buat 'finishing' sahaja, haha. Lepas semua selesai, kami ke bawah untuk breakfast. Menu yang bleh makan; roti, butter dan cheese sahajalah. Nampak gaya, esok nak kena masak ler pagi-pagi, mana tahan makan roti jer pagi2 kan. Biasa kat Msia belasah naik lemak, nasik goreng dll. Ini roti 2-3 keping, tak bleh jadi nih :)

Sarapan pagi yg berasaskan roti semata. Urghh!
Usai sarapan, kami memulakan perjalanan ke Harderbahn (stesen keretapi) untuk naik ker Harder Kulm (terletak 1200 meter dari aras laut). Perjalanan santai mengambil masa kurang lebih 20 minit. Cuaca yang sejuk dan angin segar yg dingin di waktu pagi membuatkan perjalanan agak selesa dan tidak terasa jauhnya. Kami menyusuri anak sungai yg berlatar belakangkan gunung ganang yang indah. Air yg kehijauan ternyata mengindahkan lagi suasana pagi. Jarang sekali atau boleh dikatakan hampir tiada sampah sarap yg dijumpai terapung di permukaan air. Ianya satu pemandangan yg menakjubkan.

Memulakan aktiviti berjalan kaki
Menyusuri anak sungai, sejukk...
Setelah 15 minit berjalan, berenti sekejap posing.
Lebih kurang 20 minit kemudian, kami tiba di Harderbahn. Kecil sahaja stesenya. Untuk ke atas, kami dikenakan bayaran sebanyak CHF 13 seorang, dan untuk kanak-kanak ianya percuma. Tidak lama menunggu, keretapi kabel pun tiba. Ianya direka dengan kecondongan lebih kurang 75 darjah, seiringan dengan kecondongan bukit itu sendiri. Perjalanan ke atas mengambil masa lebih kurang 8-10 minit sahaja. Bergerak sahaja keretapi, kami dapat melihat bandar Interlaken yg indah dari pandangan tempat yang tinggi. Ianya begitu mempesonakan, dengan berlatarbelakagkan banjaran gunung dan kelihatan kedua-dua tasik yang memagari bandar ini. Patutlah namanya 'Interlaken'; antara dua tasik.

Dari dalam kabel train.
Kelihatan bandar Interlaken dan banjaran gunung 

Sampai sahaja di atas, kami perlu berjalan lebih kurang 500 meter sebelum tiba di kawasan anjung tinjau. Sungguh menarik, di puncak ini ada disediakan 'look-out' point dan kawasan untuk minum-minum dan berehat. Terdapat juga taman permainan untuk kanak-kanak. Apalagi, sampai sahaja Nuha & Faheem terus ke tempat permainan. Ada replika keretapi yg diperbuat dari kayu, mmg teruja bebudak nih. Takpe, sementara diorang asyik main tuh, saya terus sahaja mencari spot-spot menarik untuk merakam gambar. Memang menarik, dan pemandangan dari puncak ini sungguh indah sekali. Susah juga nak gambarkan ngn kata-kata, so better tengok gambar jer laa kan :)

Sibuk nak main dlm train kayu
Anjung tinjau 'terapung'. Boleh pergi sampai hujung.
Pemandangan dari puncak.
Kami lepak-lepak kat atas nih hampir sejam juga. Cuaca agak panas, membuatkan masing2 mencari air. Sebelum turun, kami layan aiskrim dulu kat atas ni. Ada jual, cuma harga agak 'mencekik' juga la. Tapi tak kesah, bukannya hari-hari pun datang sini kan. Janji bebudak semua okey and tak 'berona'. Hehe.

Family photo, mami yang tolong shot kan.
Gambar di atas anjung tinjau. Kalau berangin, rasa goyang juga.
Sesudah puas menikmati pemandangan (sebenarnya tak puas lagi, tapi terpaksa turun untuk ke destinasi seterusnya) kami pun terus ke stesen untuk menaiki keretapi kabel turun semula ke bawah. Sepanjang perjalanan turun, kami melihat beberapa kawasan landasan yg dlm penyelenggaraan. Walaupun sistem keretapi ini agak lama, tetapi dari segi 'maintenance' boleh dikategorikan sebagai amat bagus juga kerana keseluruhan sistemnya yg berjalan lancar.
Di stesen kereta kabel, destinasi pertama yg berjaya dilawati.

Lagi pemandangan menarik sepanjang turun ke bawah.
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Train Station Interlaken Ost dengan berjalan kaki. Jarak nya tidak jauh, 10 minit perjalanan sahaja. Tujuan destinasi seterusnya ialah untuk ke Grindelwald First. Tempat ini adalah satu lagi destinasi tanah tinggi, yang mana gunung sentiasa diseliputi oleh salji hampir sepanjang tahun. Kami menaiki train dari Interlaken Ost ke Grindelwald yg memakan masa lebih kurang sejam. Pemandangan sepanjang perjalanan amatlah memukau. Landasan keretapi di bina di sepanjang anak sungai yg berlatarbelakangkan gunung ganang. Kelihatan juga rumah-rumah penduduk tempatan yang agak unik, ringkas dan cantik. Ianya suatu pemandangan yg cukup damai dan indah.





Gambar-gambar pemandangan sepanjang perjalanan ke Grindelwald
Tiba di pekan Grindelwald, kami terus berjalan kaki ke stesen kereta kabel untuk naik ke First. Sebenarnya, pekan ini juga terletaknya stesen-stesen kereta kabel  untuk naik ke tempat-tempat menarik yang lain seperti Jungfrau yang berketinggian 4,000 meter dari aras laut. Tapi untuk kali ni, kami akan cuba ke First dulu kerana di atas sana pun ada salji. Bukanya apa, Faheem dan Nuha begitu teruja untuk cubaan pertama kali bermain dengan salji. Entah macam mana nanti, kita tengok jer laa yea. First terletak lebih 2,000 meter dari aras laut, dan untuk keatas perlu menaiki kereta kabel @ gondola dengan bayaran CHF 28.50 seorang (kanak-kanak tidak dikenakan bayaran). Perasaan berdebar untuk menaiki kereta kabel kian terasa. Maklumlah, mencabar juga untuk masuk dengan pantas bersama dengan sebuah stroller. Ianya bukan senang juga. Alhamdulillah, urusan berjalan lancar. Faheem & Nuha pun senang untuk dikawal semasa naik dan turun dari kereta kabel. Waktu tertentu, mereka pula yang lebih2 suruh kami orang dewasa untuk bersegera keluar atau masuk ke dalam kereta kabel. Risau la tu takut tak sempat. Hehe.

Kat pekan ni kebanyakan nyer hotel-hotel jer.
Sepanjang perjalanan ke atas juga, kami dapat melihat lembu-lembu yang sibuk meragut rumput. Ada bunyi loceng yg berturutan bila kami melepasi kawasan ternakan lembu ini. Rupanya, lembu-lembu di sini dipakaikan loceng di leher, mungkin untuk senang di cari jika ada yang sesat. Hehe.
Salji-salji juga kelihatanya banyak yang sudah mancair. Yup, sekarang musim panas, dan salji yang mancair membentuk aliran air yang indah disekitar lereng-lereng gunung.

Pemandangan dari dalam kereta kabel.
Separuh perjalanan, penumpang diberi pilihan untuk berhenti seketika di Bort, di mana ada disediakan tempat rehat untuk minum-minum dan juga 'playground' untuk kanak-kanak. Kami berhenti di sini seketika, untuk makan tengah hari (walaupun dah 'pekena' satu round di train station Interlaken Ost tadi) dan juga untuk bagi peluang pada Faheem, Nuha & Nida bermain di playground. Excited betul budak-budak nih bila dapat turun dan ke 'playground'. Nak kata permainan kat situ banyak, tak juga. Tapi apa yg ada mmg menarik perhatian, bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun boleh 'ralik' melepak disitu. Kawasan ini juga begitu cantik, dengan bunga-bunga kecil kuning yg bertebaran tumbuh di atas rumput yg menghijau, berlatar belakang kan gunung-ganang yang diliputi salji di kemuncak, ianya begitu indah untuk digambarkan. Masya Allah, ciptaan Allah SWT yang Maha Agung. Kita makhluk hanya mampu menatapi dan bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.

Playground di Bort, gambar dari dalam kereta kabel.

Sampai sahaja, Nuha terus makan, lapar laa tuh :)
Kami menghabiskan masa hampir sejam di Bort, menikmati keindahan alam semulajadi dan meluangkan masa bermain dengan anak-anak. Ternyata keceriaan terserlah di muka mereka, dapat melepak di playground. Siap ada aksi main pasir lagi tuh. Sebelum bertolak manaiki kereta kabel semula untuk ke First, kami solat Zohor dulu disekitar kawasan ini. Check arah kiblat menggunakan perisian 'Prayer Time Pro' di telefon, amik wudhu' di bilik air (orang tak ramai sini, tapi airnya..perghhh...mcm aiss sejuknya) terus sembahyang. Alhamdulillah, setelah semua selesai, kami menaiki kembali kereta kabel untuk ke destinasi seterusnya, First. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 20 minit untuk sampai ke kemuncak.

Nida yang 'excited' bermain buaian.

Kat sini pun nak main pasir gak ker..huhu.
Hampir tiba di stesen kereta kabel di First, kami melihat beberapa pelancong yang sedang menaiki 'The Flyers' (badan terikat atau tergantung di harness, dan diluncurkan dengan laju ke bawah). Nampak memang menyeramkan, tapi 'excited' juga bila tengok kan kelajuan luncuran tersebut. Ermm, takper lah. Rasanya tak perlu try kut, kang tak pasal-pasal pening kepala plak. Sampai sahaja di stesen, kami keluar dan menyaksikan keseluruhan kawasan yang masih penuh dilitupi salji. Waahh..menarik nih. Boleh buat terjun tiruk dalam salji gini. Faheem terus sahaja ke bawah, dengan tidak memakai 'glove' terus bermain dengan salji. Hehe, dapat hajat la tuh. Tapi seketika sahaja, kerana selepas itu tangan nya terasa kebas (mmg ler, glove pun tak pakai..huhu) dan teruss jadi bad-mood. Kami sempat ambil gambar berlatar belakangkan gunung ganang yg bersalji sebagai kenangan. Nuha pula, buat tilek sahaja makan biskut atas stroller, dan tak nak turun kerana takut sejuk. Hehe, macam-macam laa bebudak nih. Apa pun, misi tercapai jua nak bawak diorang main salji.

Pemandangan di puncak First

Salji yang sudah mencair
Kami berada di atas lebih kurang setengah jam. Lagipun ketika itu jam sudah hampir pukul 5 ptg. Tempat pun hampir nak tutup dah. Jadi kami terus manaiki kereta kabel ke bawah, sebelum tempat tersebut di tutup. Kang tak pasal-pasal kena tidur kat atas plak. Hehe. Hampir 40 minit kemudian, kami tiba di bawah (pekan Grindelwald) dan meneruskan perjalanan ke stesen keretapi untuk pulang ke Interlaken Ost. Walaupun agak penat, tetapi perasaan puas tetap terasa kerana berjaya juga sampai ke tempat yang selama ini hanya boleh dilihat dan digambarkan melalui filem-filem. Ntah berapa laa 'shutter count' kamera saya sepanjang perjalanan hari ini. Yang nyata, ianya merupakan suatu pengalaman yang sungguh berharga. Sampai di Interlaken Ost, kami mengambil bas (free sahaja, tak perlu bayar) ke Interlaken West dan seterusnya berjalan kaki ke hotel. Tiba di hotel hampir malam (kat sini maghrib pukul 9 mlm) dan semua berehat untuk memulihkan tenaga untuk ekspedisi esok hari pula. Bersambung...

Berposing di First

Cubaan berjalan di atas salji.
Mission accomplished...lalalala..