Hari ke-5 di teruskan dengan
perjalanan ke tempat menarik seterusnya; Trummelbach Falls yang terletak
di lembah Lauterbrunnen. Kawasan lembah ini amat terkenal kerana di
sini ada beberapa air terjun yang terbentuk daripada ais yang mencair
dari pergunungan Jungfrau dan mengalir dengan kelajuan 20,000 liter
sesaat. Untuk sampai ke sana, kami perlu menaiki train ke kawasan
pendalaman Lauterbrunnen sebelum menaiki bas yang akan membawa kami
sampai ke Trummelbach Falls. Perjalanana kami bermula awal pagi.
Semestinya rutin biasa kami di sini, memasak nasi dan menyediakan
makanan-makanan lain untuk dibuat bekal tgh hari nanti.
![]() |
| Gambar sebelum memulakan perjalanan & juga pabila tiba di destinasi. |
Perjalanan ke
Lauterbrunnen mengambil masa kurang lebih 25 minit, bermula dengan
menaiki train dari Interlaken West (pekan tempat kami tinggal) ke
Interlaken Ost sebelum menaiki train lagi ke Lauterbrunnen. Tiba di
sana, kami menaiki bas yang membawa kami ke Trummelbach Fall dan
mengambil masa lebih kurang 10 minit.
Pemandangan
sepanjang perjalanan sunggu indah, dengan pokok-pokok yg menghijau,
kawasan ladang dan gunung-ganang yang tersergam indah membuatkan
perasaan teruja dan tidak sabar untuk sampai ke lokasi. Hari ini hujan
renyai dan kabus kelihatan melitupi puncak-puncak gunung. Apabila hampir
tiba di lokasi, kami dapat melihat beberapa air terjun yg begitu tinggi
di lereng-lereng gunung menghiasi 'background' perkampungan penduduk di
kawasan tersebut. Ianya sungguh cantik dan indah sekali. Seakan berada
dalam penggambaran cerita-cerita epik eropah, ataupun yang lebih senang
nak di gambarkan seakan berada di pekan 'Hobbit' dalam cerita 'Lord of
The Ring'. Hehe!
![]() |
| Bergambar di kawasan lembah pergunungan di Trummelbach Falls. |
![]() |
| Laluan menuju je kawasan air terjun. |
Kami terus
menyusuri jalan ke kawasan air terjun sambil mengambil gambar di kawasan
sekitar. Memang menarik. Siapa yang suka aksi hindustan boleh lah buat
aksi bergolek-golek dalam kawasan bunga-bunga renek yg tumbuh meliar.
Mujurlah tiada yang buat aksi tersebut. Kalau ada, mmg layak kena
terajang atas tengkuk. Hehe. Hampir 5 minit berjalana, kami tiba di
kawasan pagar masuk ke tempat air terjun. Dewasa dikenakan bayaran CHF 7
dan kanak-kanak CHF 4 sahaja. Sampai di situ, penjaga pintu memberitahu
yang anak-anak kecil dan bayi tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan
gua. Ini kerana bunyi yg terhasil dari air terjun di dalam gua amat
bising dan tidak sesuai untuk pendengaran anak-anak kecil. Nampaknya,
saya dan Faheem sahaja lah yang masuk. Leeni dan Mami mengambil
keputusan untuk tunggu di luar bersama Nida dan Nuha. Saya cadangkan
mereka menunggu kami di kawasan rehat dekat dengan restoran tempat kami
mula-mula sampai tadi.
![]() |
| Kawasan dalam gua sebaik sahaja keluar dari lif |
Selepas melalui
pintu masuk, 50 meter kemudian kami tiba di pintu lif untuk naik ke atas
ke dalam gua. Lif ini agak besar juga, dan kawasan sekeliling kelihatan
amat licin dan kedengaran bunyi gema sayup-sayup (mungkin deruan air
terjun dlm gua tersebut) yg mendebarkan kami. Lif bergerak ke atas, dan
seterusnya kami tiba di kawasan terbuka dan dapat melihat sebahagian
deruan air yg deras menerjah di celah-celah batuan dlm gua tersebut.
Saya dan Faheem berjalan perlahan, kerana kawasan tersebut agak licin
hasil dari percikan air terjun yg menderu turun di kawasan sekitar.
Perjalanan amat menarik, dengan pemandangan yang berbeza sepanjang kami
menyusuri terowong dlm gua tersebut. Kesejukan amat terasa. Mujurlah
kami memakai baju yg tebal juga hari ini, kalau tidak, konferm 'gigil'.
Kami mendaki lagi ke atas, dan setiap tingkat yang kami sampai, memang
memaparkan pemandangan menarik yang berbeza. Ianya suatu pengalaman yang
menarik dan tidak akan dilupakan. Saya juga merakam video sepanjang
pengembaraan kami dalam gua tersebut dengan menggunakan compact camera
Canon S100 saya. Nanti boleh juga Leeni & Mami lihat suasana di
dalam gua ini..hehe.
![]() |
| Pemandangan di dalam dan luar gua |
Lebih
kurang 30 minit pengembaraan di dalam gua, kami tiba di laluan turun ke
bawah. Pengunjung boleh memilih untuk turun dengan lif (yang kami naik
tadi) atau menuruni anak-anak tangga kecil di lereng bukit sambil
menikmati pemandangan persekitaran. Kami mengambil jalan melalui anak
tangga turun ke bawah. Sambil berjalan turun, kami dapat melihat kawasan
perkampungan berhampiran, dengan rumah yg tersusun kemas dan kawasan
persekitaran yg bersih. Dari situ kami dapat melihat suatu kehidupan
yang ringkas, tenang dan bebas dari hiruk pikuk kesibukan kota. Ianya
refleksi perasaan damai kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.
![]() |
| Air terjun lain pula yang kelihatan sepanjang turun ke bawah. |
Tiba di bawah,
kami terus ke tempat Leeni & Mami menunggu. Dari jauh sudah
kedengaran suara Nuha yang duk menjerit-jerit, mungkin sedang
berlari-lari di kawasan sekitar. Kami berehat dulu di kawasan ini,
sambil manjamu selera (makan tgh hari) setelah penat 'menapak' dalam gua
dan naik-turun bukit tadi. Usai berehat dan amik gambar di kawasan
sekitar, kami terus menuju ke tempat menunggu bas untuk pulang.
Kelihatan ramai juga pengunjung yg turut berada di situ menantikan bas
yang sama. Aduhh, mencabar nih. Konferm penuh bas nanti. Dan seperti yg
diduga, kami terpaksa berhimpit-himpit juga untuk menaiki bas pulang.
Saya terpaksa 'lipat' stroller dan menahan dengan tangan sambil berdiri
sepanjang perjalanan ke pekan Lauterbrunnen. Tiba di sana, kami menaiki
train ke Interlaken Ost, dan seterusnya ke Interlaken West sebelum
sampai di hotel.
![]() |
| Kami berehat dan lunch di sini sahaja. Perkelahan santai di bangku 'hijau'. |
Waktu
menunjukkan sudah lewat petang. Nampaknya, hari terakhir penjelajahan
kami di Interlaken tiba jua akhirnya. Esok kami bercadang untuk
check-out dari hotel kami, dan akan menaiki bot menyusuri 'Lake Thun,
turun di Spiez sebelum mengambil train ke bandar seterusnya.
Memandangkan penerbangan pulang ke M'sia pada lusa, jadi esok kami
bercadang untuk menginap satu malam di bandar berdekatan dengan Geneva
airport supaya pagi lusanya tidaklah kami kelam kabut untuk tiba di
airport. Jika kami terus berada di Interlaken, kami terpaksa mangambil
train pada jam 6.30 pagi ke Bern, dan menaiki satu lagi train ke Geneva.
Jumlah masa perjalanan hampir 3 jam dan jika terlepas 1 train sahaja,
kami tidak akan sempat untuk menaiki penerbangan pulang. Arghh..tidak.
Ianya terlalu berisiko untuk dicuba. Lebih baik tinggal di satu tempat
yang hampir, tetapi pastinya bukan di Geneva. Ini kerana harga hotel di
sana amatlah mahal. Takpe, kita search di internet dulu yea..!
![]() |
| Suasana semasa menunggu bas untuk pulang ke Lauterbrunne Train Station. |
Note
kaki: Pencarian hotel untuk esok hari berhasil. Malam itu, setelah
melawati beberapa website, kami putuskan untuk menginap satu malam di
Hotel De La Savoi, di bandar yg bernama Morges. Ianya terletak 20 minit
perjalanan dengan menaiki train dari Geneva Airport. Dan yg penting,
harga bilik untuk 3 org amat berpatutan. Bagaimana keadaan bandar
tersebut? Kami pun tak pasti, tapi tunggu esok sahajalah bila kami tiba
nanti. Selamat malam...zzz!








No comments:
Post a Comment