Jam menunjukkan waktu 4.00 pagi. Waktu untuk bangun, berwuduk dan
solat subuh. Di sini, subuh masuk seawal pukul 2.58 pagi dan waktu
syuruk pula lebih kurang pukul 5.40 pagi. Ianya sesuatu yg janggal, dan
bukan senang untuk 'tune' waktu tidur dan pada masa yg sama mengejar
waktu solat yg amat 'pendek' waktunya terutama waktu malam.
Usai
solat, saya sempat buka internet untuk mencari beberapa maklumat
tentang perjalanan untuk ker Harder Kulm pagi nanti. Ahh, nampak mcm
dekat sahaja dari hotel tempat kami menginap. Baiklah, esok misi bejalan
kaki sahajalah. Jenguk anak-anak yang masih lena tidur. Faheem tido di
bawah, beralaskan selimut tebal yang di 'kidnap' dari bilik mami.
Asalnya untuk sebuah lg katil di bilik mami, tapi since mami duduk
seorang sahaja, jadi kami pun terus angkut apa2 yang perlu ke bilik
kami. Hehe.
Lebih kurang jam 6 pagi, semua sudah
bangun. Nak mandikan pula dan siapkan anak-anak (pakai pakaian beberapa
lapis) memang tugas yg mencabar. Tapi saya serahkan sahaja kepada yang
pakar, Leeni. Saya tolong-tolong buat 'finishing' sahaja, haha. Lepas
semua selesai, kami ke bawah untuk breakfast. Menu yang bleh makan;
roti, butter dan cheese sahajalah. Nampak gaya, esok nak kena masak ler
pagi-pagi, mana tahan makan roti jer pagi2 kan. Biasa kat Msia belasah
naik lemak, nasik goreng dll. Ini roti 2-3 keping, tak bleh jadi nih :)
 |
| Sarapan pagi yg berasaskan roti semata. Urghh! |
Usai sarapan, kami memulakan perjalanan ke Harderbahn
(stesen keretapi) untuk naik ker Harder Kulm (terletak 1200 meter dari
aras laut). Perjalanan santai mengambil masa kurang lebih 20 minit.
Cuaca yang sejuk dan angin segar yg dingin di waktu pagi membuatkan
perjalanan agak selesa dan tidak terasa jauhnya. Kami menyusuri anak
sungai yg berlatar belakangkan gunung ganang yang indah. Air yg
kehijauan ternyata mengindahkan lagi suasana pagi. Jarang sekali atau
boleh dikatakan hampir tiada sampah sarap yg dijumpai terapung di
permukaan air. Ianya satu pemandangan yg menakjubkan.
 |
| Memulakan aktiviti berjalan kaki |
 |
| Menyusuri anak sungai, sejukk... |
 |
| Setelah 15 minit berjalan, berenti sekejap posing. |
Lebih kurang 20 minit kemudian, kami tiba di
Harderbahn. Kecil sahaja stesenya. Untuk ke atas, kami dikenakan bayaran
sebanyak CHF 13 seorang, dan untuk kanak-kanak ianya percuma. Tidak
lama menunggu, keretapi kabel pun tiba. Ianya direka dengan kecondongan
lebih kurang 75 darjah, seiringan dengan kecondongan bukit itu sendiri.
Perjalanan ke atas mengambil masa lebih kurang 8-10 minit sahaja.
Bergerak sahaja keretapi, kami dapat melihat bandar Interlaken yg indah
dari pandangan tempat yang tinggi. Ianya begitu mempesonakan, dengan
berlatarbelakagkan banjaran gunung dan kelihatan kedua-dua tasik yang
memagari bandar ini. Patutlah namanya 'Interlaken'; antara dua tasik.
 |
| Dari dalam kabel train. |
 |
| Kelihatan bandar Interlaken dan banjaran gunung |
|
|
Sampai sahaja di atas, kami perlu berjalan lebih
kurang 500 meter sebelum tiba di kawasan anjung tinjau. Sungguh menarik,
di puncak ini ada disediakan 'look-out' point dan kawasan untuk
minum-minum dan berehat. Terdapat juga taman permainan untuk
kanak-kanak. Apalagi, sampai sahaja Nuha & Faheem terus ke tempat
permainan. Ada replika keretapi yg diperbuat dari kayu, mmg teruja
bebudak nih. Takpe, sementara diorang asyik main tuh, saya terus sahaja
mencari spot-spot menarik untuk merakam gambar. Memang menarik, dan
pemandangan dari puncak ini sungguh indah sekali. Susah juga nak
gambarkan ngn kata-kata, so better tengok gambar jer laa kan :)
 |
| Sibuk nak main dlm train kayu |
 |
| Anjung tinjau 'terapung'. Boleh pergi sampai hujung. |
 |
| Pemandangan dari puncak. |
Kami lepak-lepak kat atas nih hampir sejam juga.
Cuaca agak panas, membuatkan masing2 mencari air. Sebelum turun, kami
layan aiskrim dulu kat atas ni. Ada jual, cuma harga agak 'mencekik'
juga la. Tapi tak kesah, bukannya hari-hari pun datang sini kan. Janji
bebudak semua okey and tak 'berona'. Hehe.
 |
| Family photo, mami yang tolong shot kan. |
 |
| Gambar di atas anjung tinjau. Kalau berangin, rasa goyang juga. |
Sesudah puas menikmati pemandangan (sebenarnya tak
puas lagi, tapi terpaksa turun untuk ke destinasi seterusnya) kami pun
terus ke stesen untuk menaiki keretapi kabel turun semula ke bawah.
Sepanjang perjalanan turun, kami melihat beberapa kawasan landasan yg
dlm penyelenggaraan. Walaupun sistem keretapi ini agak lama, tetapi dari
segi 'maintenance' boleh dikategorikan sebagai amat bagus juga kerana
keseluruhan sistemnya yg berjalan lancar.
 |
| Di stesen kereta kabel, destinasi pertama yg berjaya dilawati. |
 |
| Lagi pemandangan menarik sepanjang turun ke bawah. |
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Train
Station Interlaken Ost dengan berjalan kaki. Jarak nya tidak jauh, 10
minit perjalanan sahaja. Tujuan destinasi seterusnya ialah untuk ke
Grindelwald First. Tempat ini adalah satu lagi destinasi tanah tinggi,
yang mana gunung sentiasa diseliputi oleh salji hampir sepanjang tahun.
Kami menaiki train dari Interlaken Ost ke Grindelwald yg memakan masa
lebih kurang sejam. Pemandangan sepanjang perjalanan amatlah memukau.
Landasan keretapi di bina di sepanjang anak sungai yg
berlatarbelakangkan gunung ganang. Kelihatan juga rumah-rumah penduduk
tempatan yang agak unik, ringkas dan cantik. Ianya suatu pemandangan yg
cukup damai dan indah.
 |
| Gambar-gambar pemandangan sepanjang perjalanan ke Grindelwald |
Tiba di pekan Grindelwald, kami terus berjalan kaki
ke stesen kereta kabel untuk naik ke First. Sebenarnya, pekan ini juga
terletaknya stesen-stesen kereta kabel untuk naik ke tempat-tempat
menarik yang lain seperti Jungfrau yang berketinggian 4,000 meter dari
aras laut. Tapi untuk kali ni, kami akan cuba ke First dulu kerana di
atas sana pun ada salji. Bukanya apa, Faheem dan Nuha begitu teruja
untuk cubaan pertama kali bermain dengan salji. Entah macam mana nanti,
kita tengok jer laa yea. First terletak lebih 2,000 meter dari aras
laut, dan untuk keatas perlu menaiki kereta kabel @ gondola dengan
bayaran CHF 28.50 seorang (kanak-kanak tidak dikenakan bayaran).
Perasaan berdebar untuk menaiki kereta kabel kian terasa. Maklumlah,
mencabar juga untuk masuk dengan pantas bersama dengan sebuah stroller.
Ianya bukan senang juga. Alhamdulillah, urusan berjalan lancar. Faheem
& Nuha pun senang untuk dikawal semasa naik dan turun dari kereta
kabel. Waktu tertentu, mereka pula yang lebih2 suruh kami orang dewasa
untuk bersegera keluar atau masuk ke dalam kereta kabel. Risau la tu
takut tak sempat. Hehe.
 |
| Kat pekan ni kebanyakan nyer hotel-hotel jer. |
|
Sepanjang perjalanan ke atas juga, kami dapat melihat
lembu-lembu yang sibuk meragut rumput. Ada bunyi loceng yg berturutan
bila kami melepasi kawasan ternakan lembu ini. Rupanya, lembu-lembu di
sini dipakaikan loceng di leher, mungkin untuk senang di cari jika ada
yang sesat. Hehe.
Salji-salji juga kelihatanya banyak yang sudah
mancair. Yup, sekarang musim panas, dan salji yang mancair membentuk
aliran air yang indah disekitar lereng-lereng gunung.
 |
| Pemandangan dari dalam kereta kabel. |
Separuh perjalanan, penumpang diberi pilihan untuk
berhenti seketika di Bort, di mana ada disediakan tempat rehat untuk
minum-minum dan juga 'playground' untuk kanak-kanak. Kami berhenti di
sini seketika, untuk makan tengah hari (walaupun dah 'pekena' satu round
di train station Interlaken Ost tadi) dan juga untuk bagi peluang pada
Faheem, Nuha & Nida bermain di playground. Excited betul budak-budak
nih bila dapat turun dan ke 'playground'. Nak kata permainan kat situ
banyak, tak juga. Tapi apa yg ada mmg menarik perhatian, bukan setakat
kanak-kanak, orang dewasa pun boleh 'ralik' melepak disitu. Kawasan ini
juga begitu cantik, dengan bunga-bunga kecil kuning yg bertebaran tumbuh
di atas rumput yg menghijau, berlatar belakang kan gunung-ganang yang
diliputi salji di kemuncak, ianya begitu indah untuk digambarkan. Masya
Allah, ciptaan Allah SWT yang Maha Agung. Kita makhluk hanya mampu
menatapi dan bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.
 |
| Playground di Bort, gambar dari dalam kereta kabel. |
 |
| Sampai sahaja, Nuha terus makan, lapar laa tuh :) |
Kami menghabiskan masa hampir sejam di Bort,
menikmati keindahan alam semulajadi dan meluangkan masa bermain dengan
anak-anak. Ternyata keceriaan terserlah di muka mereka, dapat melepak di
playground. Siap ada aksi main pasir lagi tuh. Sebelum bertolak manaiki
kereta kabel semula untuk ke First, kami solat Zohor dulu disekitar
kawasan ini. Check arah kiblat menggunakan perisian 'Prayer Time Pro' di
telefon, amik wudhu' di bilik air (orang tak ramai sini, tapi
airnya..perghhh...mcm aiss sejuknya) terus sembahyang. Alhamdulillah,
setelah semua selesai, kami menaiki kembali kereta kabel untuk ke
destinasi seterusnya, First. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 20
minit untuk sampai ke kemuncak.
 |
| Nida yang 'excited' bermain buaian. |
 |
| Kat sini pun nak main pasir gak ker..huhu. |
Hampir tiba di stesen kereta kabel di First, kami
melihat beberapa pelancong yang sedang menaiki 'The Flyers' (badan
terikat atau tergantung di harness, dan diluncurkan dengan laju ke
bawah). Nampak memang menyeramkan, tapi 'excited' juga bila tengok kan
kelajuan luncuran tersebut. Ermm, takper lah. Rasanya tak perlu try kut,
kang tak pasal-pasal pening kepala plak. Sampai sahaja di stesen, kami
keluar dan menyaksikan keseluruhan kawasan yang masih penuh dilitupi
salji. Waahh..menarik nih. Boleh buat terjun tiruk dalam salji gini.
Faheem terus sahaja ke bawah, dengan tidak memakai 'glove' terus bermain
dengan salji. Hehe, dapat hajat la tuh. Tapi seketika sahaja, kerana
selepas itu tangan nya terasa kebas (mmg ler, glove pun tak pakai..huhu)
dan teruss jadi bad-mood. Kami sempat ambil gambar berlatar belakangkan
gunung ganang yg bersalji sebagai kenangan. Nuha pula, buat tilek
sahaja makan biskut atas stroller, dan tak nak turun kerana takut sejuk.
Hehe, macam-macam laa bebudak nih. Apa pun, misi tercapai jua nak bawak
diorang main salji.
 |
| Pemandangan di puncak First |
 |
| Salji yang sudah mencair |
Kami berada di atas lebih kurang setengah jam.
Lagipun ketika itu jam sudah hampir pukul 5 ptg. Tempat pun hampir nak
tutup dah. Jadi kami terus manaiki kereta kabel ke bawah, sebelum tempat
tersebut di tutup. Kang tak pasal-pasal kena tidur kat atas plak. Hehe.
Hampir 40 minit kemudian, kami tiba di bawah (pekan Grindelwald) dan
meneruskan perjalanan ke stesen keretapi untuk pulang ke Interlaken Ost.
Walaupun agak penat, tetapi perasaan puas tetap terasa kerana berjaya
juga sampai ke tempat yang selama ini hanya boleh dilihat dan
digambarkan melalui filem-filem. Ntah berapa laa 'shutter count' kamera
saya sepanjang perjalanan hari ini. Yang nyata, ianya merupakan suatu
pengalaman yang sungguh berharga. Sampai di Interlaken Ost, kami
mengambil bas (free sahaja, tak perlu bayar) ke Interlaken West dan
seterusnya berjalan kaki ke hotel. Tiba di hotel hampir malam (kat sini
maghrib pukul 9 mlm) dan semua berehat untuk memulihkan tenaga untuk
ekspedisi esok hari pula. Bersambung...
 |
| Berposing di First |
 |
| Cubaan berjalan di atas salji. |
 |
| Mission accomplished...lalalala.. |
No comments:
Post a Comment