Salam semua,
Hari ketiga di Switz, kami membuat
keputusan untuk ke tempat menarik seterusnya, iaitu Schynige Platte yang
terletak kurang lebih 12 km dari hotel kami. Tak jauh kan? hehe. Hari
ni kami memang nak buat aktiviti jalan dekat-dekat sahaja psl semalam
dah bermacam-macam kenderaan yang kena naik dari pagi hingga ke petang.
So takut anak-anak penat (org dewasa pun :)), kami melawat tempat-tempat
berdekatan sudah ler.
Seperti biasa, waktu pagi
sebelum bertolak kena sarapan dulu. Tapi kali ini, kami dah tak makan
kat bawah dah. Awal-awal pagi tadi bila bangun sudah masak nasik di
bilik (menggunakan periuk nasi feberet). Bila nak keluar, terus bawa
nasik yg sudah masak dan segala kelengkapan 'perang' yg lain untuk
singgah di dapur hotel nih. 'Share kitchen' kat sini pelik sikit,
letaknya diluar bangunan hotel (bersebelahan). Kunci pulak diikat di
kayu yang 'bagak' juga laa dan diletakkan di kaunter check-in. Kalau
baling anjing dengan kayu tu konferm 'biol' psl saiz kayu (key-chain) tu
mmg besar. Ape la motif owner nih kami pun x pasti. Haha.
 |
| Suasana di kitchen, boleh masak sendiri & ada tempat lepak tgk tv. |
|
|
|
Selesai sarapan, dan memasak untuk dibuat bekal lunch
nanti kami pun bertolak ke train station intelaken west. Sebenarnya
kali ini kami hanya perlu menaiki bas untuk ke satu lagi train station
untuk mendaki ke Schynige Platte tuh. Tiket bas tak perlu bayar, kerana
owner hotel sudah bagi kad untuk menaiki kenderaan awam di pekan ni
secara percuma. Hehe, baguskan? :) Bila tiba di station, bas seterusnya
ke sana lagi 15-20 minit akan bertolak. Jadi kami ambil kesempatan untuk
'melihat' barang-barang menarik yg ada disekitar kedai-kedai di situ.
 |
| Acara menangkap lembu; depan kedai jual cenderamata |
Kami menaiki bas untuk menuju ke train station, dan
perjalanan mengambil masa dlm 15 minit sahaja. Bas di sini memang
punctual. Sampai masa jer, terus bergerak. Lepas tu pemandu bas plak
style pakai kemas dan keadaan bas bahagian dalam amat 'friendly' kepada
pelbagai jenis penumpang. Contohnya, kat bahagian tengah bas ada tempat
khas untuk parking stroller dan juga kawasan luas untuk memuatkan
basikal. Yup, kat sini, rata-rata orang travel menggunakan basikal. Jadi
public transport diorang pun dijadikan mudah untuk rakyat mereka
bergerak menggunakan basikal di sini. Bila bas berhenti, bahagian pintu
masuk akan menjadi rendah (penggunaan suspension hidrolik) dan sama
paras dengan 'bahu' jalan. Ini dapat menyenangkan mereka-mereka yg
kurang upaya, yg membawa basikal dan juga stroller. Ermm..agak2 bila
system bas di M'sia nak capai tahap mcm nih. Berangan jer laa..huhu.
 |
| Tiba di train station untuk ke Schynige Platte |
Sampai di train station Wilderswil, kami terus ke
tiket ofis untuk membeli tiket train untuk naik ke atas. Nampak ada
train yg sudah bersedia untuk bertolak, tapi sudah penuh dgn penumpang.
Kami ambil keputusan untuk menaiki train seterusnya kerana tidak mahu
berasak-asak dengan penumpang yg sudah sedia padat. Ramai juga pelancong
nak ke sana hari ni. Harap dipermudahkan perjalanan ke atas nanti.
Tiket sudah dibeli, CHF 19 seorang dan kanak2 seperti biasa dikira
travel percuma dengan orang dewasa.
 |
| Wilderswil train station; train kayu sahaja.... |
Tidak lama kemudian, train yg dinanti pun tiba. Kami
terus menaiki train tesebut, kerana risau jika lambat akan penuh lagi
dan tiada tempat duduk. Kali ini kami dapat duduk di satu kabin yg sama.
Mula-mula risau juga bila naik kerana hampir keseluruhan kabin train
dibina dengan kayu. Memang nampak 'oldiest' dan 'cool' juga. Tiada
air-cond, jadi kami kena berharap dengan tiupan angin dari luar sahaja
melalui tingkap yang boleh dibuka dengan menarik ke bawah. Saya apa
lagi, melekat di tepi tingkap laah kerana itulah port yg paling best
untuk mengambil gambar. Pemandangan sepanjang perjalanan ke atas amat
indah sekali. Dengan kehijauan rumput di sepanjang lereng-lereng bukit,
dengan dihiasai dengan deretan pokok-pokok pine (kat M'sia susah nak
jumpa pokok ni, haha); ianya suatu pemandangan yang amat mepesonakan.
 |
| Suasana dalam train, Nuha & Nida sibuk nak makan |
 |
| Nida dgn Mami, sepanjang perjalanan - happy :) |
Lebih kurang 40 minit kemudian, kami tiba di puncak.
Perjalanan dengan train kali ini agak perlahan juga. Mungkin kerana
kena mendaki ketinggian 2,000 meter untuk tiba di atas, jadi kelajuan
train menjadi kurang. Tapi, bila perlahan nih, dapat laa peluang untuk
'set' kamera di tingkap dan mengambil gambar dengan lebih terancang.
Kalau tak, biasanya bila dalam train main petik jer butang shutter.
Haha.
 |
| Nuha & Faheem yang tertidur dalam train |
Tiba di atas, kami terus keluar dari train dan kali
ini terpaksa mengangkat 2 orng budak kecik yg khusyuk tidur dalam train
sepanjang perjalanan tadi. Waduhh..berat juga tu. Faheem saya letakkan
di dalam stroller, dan Nuha terpaksa laa Leeni yang dukungkan. Hanya
Nida yg tak tidur, tapi perlu dukung juga; mami laa yang kena angkat yea
:). Saya menolak Faheem dalam stroller, dan akan melalui perjalanan
yang mencabar untuk mengangkatnya naik dengan stroller ke satu bahagian
di atas untuk melihat kawasan bunga-bunga gunung yg tumbuh meliar. Untuk
kesana, tiada laluan stroller disediakan, bermakna kena gagahkan tangan
angkat laa..fuuhh, berat wehh...
 |
| Inilah kawasan bunga gunung yg dimaksudkan. |
|
 |
| Faheem yg tidur sakan, penat semalam belum habis rasanya |
 |
| Sesiapa yg berminat, bolehlah 'menapak' sampai ke atas |
Kami berada tidak lama di situ, kerana kawasan
tersebut agak sempit dan 'gelewak' dengan pelancong yg lalu di kawasan
itu untuk naik ke atas lagi. Kami turun semula dan berjalan melepasi
stesen keretapi untuk menuju ke restoran untuk minum-minum di sana.
Cuaca panas, tetapi angin masih dingin dan anggaran suhu lebih kurag
24-26 celcius. Jadi berjalan pun takderlah berpeluh-peluh, melainkan
kalau pakai baju2 tebal. Haha.
 |
| Perjalanan untuk ke restoran & anjung tinjau; 200 meter lg nak sampai. |
Perjalanan ke restoran memang mencabar. Walaupun ada
jalan untuk stroller ke sana, tetapi agak cerun juga. Memang menguji
kekuatan pinggang belakang, kerana kami terpaksa menapak ke atas lebih
kurang 200 meter sebelum sampai ke restoran tersebut. Walaupun begitu,
ianya suatu pengalaman yang menarik dan berbaloi bila dapat melihat
pemandangan gunung-ganang yang begitu indah terutama bila melihat dari
'look-out' point di restoran tersebut.
 |
| Pemandangan indah dari kawasan restoran |
Tiba di restoran, saya terus ke kafe untuk membeli
sedikit minuman panas untuk Leeni & Mami. Untuk anak-anak, saya
belikan aiskrim. Makanan mmg ada, tapi kalau dah kat europe ni mmg susah
laa nak carik yang halal, jadi kena sentiasa berhati-hati. Sebenarnya
tak risau untuk makan kat restoran nih, kerana kami sudah bawa bekal
yang dimasak pagi tadi; nasi goreng dgn serunding daging. Hehe. Di
restoran nih kami hanya layan minum hot chocolate dan teh panas sambil
menikmati udara dingin yang segar dan sejuk. Memang 'superb' view dari
sini. Kalau ikutkan, memang tak puas menatap keindahan bukit bukau dan
gunung yg diliputi salji yg memutih. Ianya suatu pengalaman yang luar
biasa. Kami melepak lebih kurang setengah jam juga di restoran tuh. Usai
minum, kami berjalan turun ke kawasan train station tadi, dan mencari
port sesuai untuk berkelah. Iyelah, perut pun dah lapar nih kan. Dengan
udara yg sejuk, lagi laa senang trigger alarm untuk makan. Hehe.
 |
| Lepak-lepak minum di restoran. |
 |
| Lagi pemandangan di kawasan sekitar |
Sampai di stesen, kami menjumpai satu port
yang menarik untuk berkelah makan tengahari. Kawasan yg ada bangku dan
agak terlindung dari laluan org ramai juga teduh menjadi pilihan.
Matahari hampir tegak di kepala. Saya terus sahaja makan nasi goreng (yg
walaupun sudah sejuk) dicampurkan dengan sambal daging. Mami dan Leeni
pun begitu berselera juga. Barangkali semua orang pun dah lapar. Nuha
& Faheem juga tak ketinggalan untuk turut serta. Sambil makan, kami
menikmati pemandangan yg cantik dikawasan sekitar stesen. Kelihatan
masih ada tompokan-tompokan salji di kawasan sekitar stesen keretapi yg
masih belum habis mencair. Faheem dan Nuha sudah excited bila dapat main
sekali lagi dengan salji di kawasan sekitar. Mungkin semalam belum puas
main di First kut, itu yang excited semacam jer diorang nih. Saya hanya
mengawasi anak-anak sambil melayan kerenah mereka sementara menunggu
train sampai untuk kami pulang ke bawah. Tanpa disedari, kami
menghabiskan masa hampir 2 jam juga diatas ini. Ianya suatu pengalaman
yg santai dan tidak dapat dilupakan.
 |
| Makan-makan sambil melayan kerenah anak-anak bermain |
 |
| Pemandangan di sekitar Schynige Platte station. |
Kami tiba di Wilderswil sejam kemudian, dan terus ke
perhentian bas untuk menaiki bas pulang ker Interlaken West. Perjalanan
pulang ke hotel lancar dan kami tiba di hotel kurang lebih pukul 3.30
petang. Di sini, siang masih panjang kerana maghrib hanya akan menyusul
pada pukul 9 malam nanti. Jadi kami bercadang untuk pulang berehat,
tidur secukupnya dan petang nanti keluar ke pekan Interlaken West untuk
berjalan-jalan 'window-shopping'.
 |
| Gambar kawasan sekitar pekan Interlaken West. Bandar yg amat bersih dari sampah sarap. |
Kami keluar ke pekan lebih kurang pukul 5.30 ptg
begitu. Cuaca redup sahaja, dan langit kelihatan mendung. Mungkin
sebentar tadi ada hujan yg turun tapi kami tak sedar dek kerana sibuk
melayan mimpi di siang hari kut, hehe.
Bandar ini dikira tidak lah
sibuk mana pun. Kereta pun tak banyak, dan kebanyakan penduduk di sini
menggunakan basikal dan pengangkutan awam sebagai 'main transportation'
diorang. Memang bagus, dari segi 'traffic jem' memang tiada dan udara
juga boleh dirasa amat bersih & nyaman sekali.
 |
| Gambar jalan-jalan di pekan Interlaken. |
Kami berjalan-jalan sekitar kawasan kedai
cenderamata, dan juga kedai-kedai jam yang boleh dikatakan agak banyak
juga di sini. Memanglah, Switz amat terkenal dengan industri pembuatan
jam. Carilah jenama apa, semua nya ada dan ianya boleh didapati di
kedai-kedai jam yang kecil dan sederhana sahaja. Sambil pusing-pusing,
sempat juga beli sedikit souvenir termasuk pisau terkenal buatan Swiss
Army. Kalau beli di M'sia mahal juga pisau serbaguna ini. Bukan apa,
hanya nak buat kenangan yang kami dah berjaya sampai di Switz. Hehe.
 |
| Lagi gambar jalan-jalan sekitar pekan Interlaken |
Waktu hampir gelap. Malam ni rasanya tak nak dah
makan masakan Brahim's untuk dinner. Bukan apa, dah banyak hari dah duk
'belasah' masakan Enchek Brahim's. Muka pun dah macam nasi briyani
segera dah ni. Haha.
Jadi untuk dinner kali ini, kami singgah di
restoran Pakistan yang terletak berdekatan dengan Interlaken Train
Station. Kami pesan beberapa jenis roti, dan juga nasik yg di lengkapi
dengan kari kambing. Perghh...kari kambing nya memang menjadi, siap bleh
buat cicah ngan roti nan lagi. Makan malam kali ni mmg menyelerakan.
Faheem dan Nuha pun bersemangat, pasal dapat makan roti nan (feberet
nih). Usai makan, kami berjalan pulang menuju ke hotel. Waahh..penat pun
ada. Mengantuk apatah lagi kan. Balik hotel lepak2 dan surfing sedikit
sebanyak info tentang tempat2 menarik lain yg harus dilawati. Wifi di
hotel ni free sahaja, dan kelajuan nya juga tidak mengecewakan :).
 |
| Kami dinner di sini |
Ekspidisi esok hari akan bermula awal
pagi. Kali ini kami akan merantau jauh ke utara Switzerland untuk
melawat tempat menarik, Rhine Falls (air terjun terbesar di Europe).
Yess, excited dah nih. Dup-dap, dup dap....tp untuk hari ini, kita tido
dulu pulihkan tenaga..zzzzz...! Selamat malam semua.
No comments:
Post a Comment